Sepanjang penglibatan saya didalam bidang rawatan ini, berbagai bagai kerenah pesakit dan perawat. Ada diantara pesakit saya pula suka menanyakan pada saya, "agak agak boleh baik, Ustadz". Pada hal saya belum lagi sampai rumah mereka. Yang mana kelam kabut, yang mana tak tentu arah. Kadang kala saya tersenyum melihat gelagat mereka. Maklumlah orang tengah huru hara. Pergantungan pada manusia melebihi pergantungan kepada ALLAH.
Ada yang menelefon saya berkali kali. Waktu tu Highway tengah jam pulak. Kalau boleh terbang, mungkin ada yang suruh saya terbang. Mereka yang tengah gawat ni, kalau disuruh buat apa pun sanggup. Halal dan haram pun tak kisah. Yang penting baik. Ada yang mandi atas papan long, minum air tanah kubur, minum air kain kafan orang mati dan bermacam hal lagi. Tapi bila saya pesan jaga solat dan baca Al Quran, bermacam alasan mereka berikan seperti tak sempat, bukan saya tak nak buat, saya tak bersih, masjid jauh dan bermacam lagi. Bila tiada kesembuhan , perawat yang jadi tak bagus bukannya orang yang sakit dianggap tak bagus.
Bagi perawat pulak, asyik bertelagah tentang guru dia aje yang betul dan bertauliah. Perawat mengeji dan mencaci sesama sendiri. Melabelkan perawat ni pakai Jin lah, yang satu mengaku cara dia dan gurunya yang mengikut Al Quran dan Sunnah, mempromosi diri telah merawat seribu pesakit dalam satu masa, membanggakan diri dah rawat 600 orang dan semuanya baik. Dari sini kita dapat lihat cara dan sifat Perawat itu sama seperti Jin, sombong, bongkak, riak dan takabbur. Hari hari cari ayat untuk dilabelkan pada Perawat lain. Bomoh yang sememangnya mengerjakan perkara Syirik bebas dari dilabel Perawat sebegini. Saya masih ingat disuatu masa dahulu , saya didatangi Iblis bernama Azazil yang memberitahu saya :
"Kami memang jahat tetapi kami bersatu dalam kejahatan. Kamu manusia adalah baik tetapi tidak bersatu dalam kebaikkan"
Pada pengalaman saya mana boleh satu Perawat merawat didalam masa yang sama 2000 pesakit melainkan mendapat pertolongan dari Khadam atau Jin. Baru rawat 5 pesakit dah penat. Doktor di hospital pun tak boleh buat. Wallahu A'lam
Saya mengalami masalah merawat apabila pesakit diberi informasi yang tidak tentu keshahihannya dengan mengatakan kepada pesakit, baik Perawat Senior ke atau yang baru belajar 6 bulan :
Contoh
1) "Saya rasa yang sihirkan awak ni bukan orang jauh, dia tu abang ipar awak"
2) "Ibu awak ada Saka ni. Sebab tu anak saudara awak selalu dirasuk"
3) "Datok awak yang mengamalkan ilmu ni dan dia nak turunkan pada adik beradik awak"
Ada satu kes di Jurong West St.51, pesakit dan suami bertengkar di hadapan saya kerana percaya cakap Perawat bahawa ibu si suami yang menyihirnya. Saya cuba sedaya upaya untuk menerangkan tetapi si pesakit tetap mengatakan semua Perawat cakap macam tu. Saya bertanya macam mana Perawat tu tahu? Pesakit tetap tidak peduli akhirnya bertengkar suami isteri. Saya akhirnya minta diri dan pulang. Lihat kerosakkan yang dilakukan Perawat yang tak bertanggung jawab. Ini adalah Perawat Iblis. Kurang pengalaman, ghairah akhirnya menjadi parah....Perawat sebegini samalah seperti bomoh, dukun, pawang dan seterusnya.....
Ini adalah sedikit pengalaman saya untuk kita renungkan bersama......