Thursday, February 24, 2011

Diari Seorang Perawat : Amukan Isteri Jin Yang Malang

Pengalaman merawat pada hari Rabu 17hb Mac 2001
Lokasi : Toa Payoh
Pesakit : Wanita 30an tahun
Jenis Gangguan : Sihir
Jenis Jin : Langsuir, Polong, Puaka, SundelBolong
Masa : 2ptg
Nama Samaran Pesakit : Suriati

Saya menerima panggilan dari Suriati untuk temujanji rawatan. Suriati mengadu ia sering sakit sakit dan anggota badannya terasa bisa seperti dikelar kelar dari sejak beberapa bulan. Hospital sudah menjadi destinasi keduanya selain rumah. Banyak perbelanjaan sudah dibelanjakan untuk rawatan di hospital. Beliau tudak dapat melakukan aktiviti harian kerana masalahnya ini.

Akhirnya beliau dan suami bersependapat untuk memanggil saya ke rumah untuk sesi rawatan Ruqyah. Setiba saya di rumahnya, Normah kelihatan lemah longlai dan hanya bersandar di sofa. Saya diminta Suriati untuk merawatnya kerana sudah tidak tahan dengan keadaannya.

Suaminya membawanya ke ruang tamu sebagai ruangan untuk merawat. Saya memulakan rawatan membaca ayat ayat Ruqyah (Al Quran). Seluruh anggota Suriati bergoncangan dan bergetaran dengan kuat. Kelopak matanya buka dan tutup dengan lajunya. Beliau telah dirasuk. Tarikkan nafasnya amat kencang dan bergelombang. Saya tanpa berlengah lagi terus memulakan dialog dengan Makhluk yang mengganggu Suriati.

Inilah perbualan saya bersamanya.

Saya : Assalamualaikum Wahai Kaum Jin......

Langsuir : Waalaikumussalam....

Saya : Kenapa ganggu orang ni?

Langsuir : Aku nak balas dendam. Kau pergi balik!!! Jgn masuk campur!!! Faham!!!.

Saya : Kau ganggu dia. Aku tidak akan biarkan kau sewenang wenang nak buat apa yang kau suka.

Langsuir : Pergi mampuslah!!!. Kau tak tahu kesusahan aku!!!. Aku merana pasal dia kau tahu!!!
Suami aku dan anak aku mati terbunuh. Korang manusia apa tahu!!!

Saya : Adakah kau Muslim?.

Langsuir : Dulu ya aku ini Muslim. Tetapi sekarang aku dah murtad. Dulu aku tinggal di masjid. Aku rasa malu.

Saya : Kenapa harus malu bila tinggal dirumah ALLAH?.

Langsuir : Kau tengok muka dan tubuh aku........ cacat. Aku tidak cantik. Jin sebangsa dengan aku tak nak kahwin dengan aku. Aku seorang perempuan. Kalau kau didalam keadaan aku, kau pasti juga akan malu...

Saya : Cerita pada aku apa yang berlaku...

Langsuir : Aku di pukul dengan rotan oleh seorang perawat sehingga aku cacat. Aku tak puas hati dengannya. Aku nak ajar isteri dia pulak. Rasakan bagaimana aku rasa. Aku sudah sujud pada Iblis dan makan darah.

Saya : Kenapa sampai begitu sekali? Mahukah engkau aku rawat?

Langsuir : Adakah kau sungguh nak tolong aku?

Saya : Ya. Kerana kau juga Hamba ALLAH. Mudah mudahan kau kembali kepada Islam

Dengan izin ALLAH, saya bacakan pada air lalu saya beri nya minum.

Saya : Bagaimana sekarang?

Langsuir : Alhamdulillah!! Rupa aku kembali seperti dulu.

Saya : Mahukah engkau melafazkan dua kalimah syahadah dan kembali Muslim.

Langsuir : Baiklah. Aku akan ceritakan kepada kau kenapa aku jadi begini. Suami ku bernama Muhammad dan anakku bernama Umairah. Mereka terbunuh apabila mereka cuba menyelamatkan orang ini dari Syaitan yang melakukan Sihir. Suami dan anakku dibunuh dengan kejam. Kerana orang ini aku kehilangan keluarga ku. Ini tak adil!! Aku pun mengajak Jin Jin lain untuk membalas dendam terhadap orang ini. Aku dan kawan kawan aku mengganggu orang ini setiap masa dan memakan darahnya. Sehingga kau datang disini.

Saya : Kau sepatutnya redha sebagai seorang isteri bukan buat perkara macam ini sehingga kau sanggup murtad pada ALLAH.

Langsuir : Aku menyesal dan malu pada suami dan anakku. Kau Islamkanlah aku...(menangis)...Aku rindukan suami dan anak aku....... Ya ALLAH!! Ampunkanlah aku.....

Saya : Kau ikut lafazkan Syahadah dan setelah itu kau mesti tinggalkan orang ini. Mahukah kawan kawan kau memeluk agama Islam?

Langsuir : Mereka mahu menjadi Muslim macam aku.

Setelah mereka lafazkan Syahadah, saya beri Langsuir itu nama Fatimah Az-Zahra. Yang lain tidak mahu diberi nama. Aku akan laungkan azan dan kau semua keluar dari sini dan beri salam.

Langsuir : Aku suka nama tu. Baiklah aku keluar dengan kawan kawan aku dan aku tidak akan kembali lagi.

Saya : OK. Selepas aku azan, keluarlah semuanya.

Langsuir : Baiklah.

Selesai azan, saya perintahkan Fatimah dan kawan kawannya untuk keluar dengan memberi salam.

Saya tarbiyahkan Suriati. Saya menanyakan tentang Solatnya Alhamdulillah solatnya bagus. Boleh membaca Al Quran. Saya berikan beberapa tips penjagaan pada Suriatidan setelah itu, saya pun pulang. Sekian.

No comments:

Post a Comment