Saya masih ingat lagi kes pertama yang saya rawat adalah kes Sihir yang melibatkan Pontianak. Waktu tu, saya adalah seorang perawat di salah sebuah Pusat Rawatan. Saya dikehendaki untuk lakukan "House Visit" di Ponggol. Saya pergi ke sana dengan seribu soalan berputar di fikiran. Rasa nak balik pun ada. Memandu pun tidak dapat konsentrasi kerana keadaan gemuruh.
Setiba saya disana, saya terkejut kerana Tuan rumah adalah seorang berbangsa Punjabi. Saya terfikir, "Biar betul sey. Punjabi pun boleh kena sihir". Tuan rumah memberitahu saya, "I want results and Im not looking for excuses" dengan nada serius. Macam nak balik aje rasanya. Dahlah kita ni plate "L". "Kena pulak orang banyak cerewet ni". Oleh kerana kurang pengalaman, itulah keadaan saya.
Saya pun mulalah rawat isteri beliau. Baca Ruqyah gunakan buku. Kejap lagi, isteri beliau pengsan. "kalau tak bangun macam mana huh"?. Dengan keadaan huru hara saya teruskan bacaan Ruqyah. Alangkah terperanjat isteri beliau terduduk dengan rambut menutupi mukanya. Sayapulak terlalu leka baca Ruqyah hingga tak sedar orang depan saya dah duduk.
Dia mengeluarkan bunyi seperti "Hahh......". Tercampak buku Ruqyah dengan saya sekali. Pening sekejap. Dalam hati berkata "padan muka aku tak hafal Ruqyah". Mula dari itu saya pun mengambil langkah untuk menghafal Ruqyah. Sekian kisah pengalaman pertama merawat.
Nantikan kisah seterusnya.
No comments:
Post a Comment