Saya ingin berkongsi pengalaman saya selama 15thn merawat berbagai jenis gangguan, sihir, membuang ilmu, masalah saka dan banyak lagi. Di dalam penglibatan saya merawat, banyak perkara pahit dan manis saya lalui. Ada yang memuji dan tak kurang yang mencaci. Maklum sajalah manusia. Waktu pulang rawatan pun tidak menentu. Kadangkala cepat kadangkala hingga jam 6pg.
Saya merawat hari hari dengan menunggu panggilan daripada mereka yang memerlukan khidmat saya. Saya dapati ada diantara perawat yang baru keluar Academy Rawatan dah ghairah merawat. Bikin namecard lepas tu tulis boleh merawat berbagai masalah gangguan. Saya kasihankan mereka ni. Pengalaman tak ada main terjun botol. Silap hari bulan perawat yang sawan. Merawat tidak digalakkan pergi beramai ramai. Sebaiknya seorang diri sahaja. Baru kita dapat merasakan tawakkal kita kepada ALLAH goyah atau tidak. Kepada mereka yang merawat bersama teman, saya anjurkan tiba masanya untuk berdikari.
Pages
- Biodata Pengasas Dan Penasihat Komuniti Ruqyah Sya...
- Misi Dan Sejarah Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singap...
- Profile Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura
- Pendahuluan Ruqyah Syar'iyyah
- Peraturan Perawat Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singa...
- Perawat Perawat Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapu...
- Hukum Mengambil Upah dari Meruqyah
- Aktiviti
- “Ruqyah And Its Applications / Detect & Identify T...
- Kursus “Rawatlah Diri Mu Dengan Al Quran Dan As Su...
- The Profession of Ruqyah-Giving
- Ruqa from the Sunnah Various forms of supplicat...
- Ruqyah with al-Fatiha
- Definition of Jinn
No comments:
Post a Comment