Friday, January 28, 2011

Diari Pengalaman Seorang Perawat (Bhg.2)

Permulaan Minat Nak Cuba Merawat

Saya mula mempraktik rawatan pada 1998 bersama Allahyarham Hj.Mohd dan isterinya. Mereka berdua ibarat Datuk dan Nenek saya. Umur sudah menjangkau 75 thn tetapi masih ingin membantu masyarakat. Saya kagum dengan mereka. Badannya sahaja yang uzur tetapi semangat mereka kuat. Saya bermula sebagai "driver" sahaja. Menghantar mereka ke rumah rumah pesakit yang telah membuat temujanji.

Di waktu ini, saya sudah mula merawat di Darul Ilaaj (Wlds) di bawah bimbingan Ust.Suhaimi Mustar. Saya tidak mempunyai idea bagaimana nak merawat dan menggunakan ayat ayat Ruqyah untuk rawatan. Kebanyakkan kursus yang saya hadir hampir serupa. Tidak mengajarkan cara yang khusus. Oleh itu ramai yang hadir di dalam kursus tersebut tidak boleh merawat. Diantara mereka adalah saya.

Hj.Muhammad berkata pada saya, "Takkan kau nak jadi drebar aje. Mari cuba rawat. Nanti Pak Haji ajarkan caranya". Saya pun cuba. Tempat yang pertama saya cuba merawat ialah di Pasir Ris. Kami amat terkejut kerana yang menyambut kami adalah pesakit yang sudah kesurupan Jin Ifreet. Pesakit bersilat dihadapan pintu. Saya pun panik dan kelam kabut. Maklumlah pengalaman merawat diluar yang pertama.

Saya berkata dalam hati, "Aku ajak orang tua ni balik pun cantik. Silap hari bulan orang tua ni kena penumbuk, bertabur tulang". Alhamdulillah, pesakit dapat ditangani dengan baik. Saya pun berjaya merawat pesakit. Syukur pada ALLAH. Pintu perjuangan untuk merawat sudah terbuka. Maka bermulalah lembaran baru.

Melangkah ke alam Rawatan.

No comments:

Post a Comment