Pengalaman merawat pada hari Isnin 26hb Julai 2010
Lokasi : Bukit Panjang
Pesakit : Wanita 30an tahun
Jenis Gangguan : Gangguan Jin Penunggu Rumah
Jenis Jin : Jin Peringkat Alam Rendah yang beragama Kristian
Masa : 9mlm
Nama Samaran Pesakit : Mariam
Saya di panggil ke rumah Mariam atas sebab merasakan ada satu kehadiran yang sering mendampinginya. Saya terus memulakan rawatan membaca ayat ayat Ruqyah (Al Quran). Mariam tidak menunjukkan tanda tanda kerasukkan.Saya bertanyakan Mariam namun beliau hanya mengatakan beliau rasa biasa saja. Saya memberitahunya yang saya melihat kelopak matanya berkelap kelip dengan lajunya dan ini memberi tanda ada gangguan spiritual berlaku. Mariam agak keberatan untuk diruqyahkan semula. Setelah saya menasihati beliau, baru beliau setuju untuk diruqyah sekali lagi. Baru Al Fatehah di bacakan, Jin yang mengganggu Mariam menangis sekuat kuatnya sambil kedua tangan terangkat dan kepalanya tertunduk ke kanan seperti Salib orang Nasrani. Saya terus berdialog dengannya.
Inilah perbualan saya bersamanya.
Saya : Engkau ni kenapa. Macam Salib orang orang Kristian je?
Jin Kristian : Aku Jin Kristian (Roman Katholik).
Saya : Apa kepentingan kau pada orang ini?
Jin Kristian : Kau jangan kacau aku. Aku memang tinggal kat sini. Aku cuma berbual dengan dia je.
Saya : Kau suka dia?
Jin Kristian : Tak!!! aku bukan suka dengan dia.
Saya : Kau berasal dari mana dan apa bangsa kau?
Jin Kristian : Aku Jin biasa dan aku berumur 1000tahun berasal dari Mesir, Aku tinggal di Gua Hira' di Makkah sebelum kedatangan Islam. Aku pernah berjumpa Nabi Musa.
Saya : Kau mahu keluar?
Jin Kristian : Aku belum fikirkan lagi!
Saya : Kalau begitu aku bacakan Ayat ayat ALLAH agar kau diAZAB ALLAH !!!
Jin Kristian : (Meraung raung kesakitan) Aku keluar!! Aku keluar!!
Saya : Siapa yang boleh tolong kau? Tuhan kau? Nabi Isa itu adalah putera kepada Maryam dan Nabi Isa AS adalah salah satu Nabi/Rasul yang 25 yang wajib diimani. Aku menawarkan sesuatu yang dapat menyelamatkan kau dunia dan akhirat.
Jin Kristian : Apa dia?
Saya : Mahukah kau memeluk agama Islam
Jin Kristian : Aku sudah lama ingin memeluk agama Islam. Tetapi aku tidak tahu bagaimana. Tuan rumah sekeluarga juga gagal menjaga Solat dan ibadah ibadah yang lainnya. Kau Islamkanlah aku.
Saya : InsyaALLAH. Alhamdulillah. Kau sudah ada kesedaran. Ikut aku lafaz dua kalimah syahadah.
Setelah selesai, saya memberinya nama SYAFI"I. Dia menangis terisak isak.
SYAFI"I : Aku telah berdosa. Aku telah menceraikan Pakcik dan Makcik orang ini. Ampunkan aku Ya ALLAH. Ampunkan aku Ya ALLAH.Aku suka dengan Makciknya. Aku telah memperkosanya dan kerana nafsuku, aku buat mereka bercerai berai asalkan aku dapat bersamanya. Makciknya telah meninggalkan rumah ini. Perempuan ini datang dan aku cuba mengambil kesempatan. Maafkan Aku.
Saya : ALLAH akan mengampuni dosa mu wahai Syafi'i. Yang penting keinsafan dan taubat kepada ALLAH. Kau mahu pergi ke mana?
SYAFI"I : Aku pun tak tahu. Kau hantarkanlah aku ke suatu tempat yang baik.
Saya : InsyaALLAH. Aku hantar kau ke Masjid Biru. Kau pernah ke sana atau melihat nya?(Ramai kaum Jin di sini yang kenal akan Masjid Biru)
Masjid Biru adalah tempat "Rehab" Jin Jin yang baru memeluk agama Islam atau yang inginkan bimbingan agama. Di sini mereka mempelajari Solat, Bacaan Al Quran, Hukum hukum Tajwid, Tarannum, Fiqh, Aqidah dan seterusnya. Di sini juga mempunyai Ustaz dan Ustazah dari kalangan mereka yang bertugas membimbing mereka.
SYAFI"I : Aku tahu dimana tempatnya. Aku pernah lintas disana sewaktu aku ini KAFIR. Aku setuju ke sana.
Saya : InsyaALLAH. Lepas aku azan kau terbanglah ke sana.
SYAFI"I : Baiklah
Saya melaungkan azan. Setelah selesai,Syafi'i memberi salam dan keluar. Saya tarbiyahkan Mariam sekeluarga dan setelah itu, saya pun pulang. Sekian.
Pages
- Biodata Pengasas Dan Penasihat Komuniti Ruqyah Sya...
- Misi Dan Sejarah Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singap...
- Profile Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura
- Pendahuluan Ruqyah Syar'iyyah
- Peraturan Perawat Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singa...
- Perawat Perawat Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapu...
- Hukum Mengambil Upah dari Meruqyah
- Aktiviti
- “Ruqyah And Its Applications / Detect & Identify T...
- Kursus “Rawatlah Diri Mu Dengan Al Quran Dan As Su...
- The Profession of Ruqyah-Giving
- Ruqa from the Sunnah Various forms of supplicat...
- Ruqyah with al-Fatiha
- Definition of Jinn
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment