Pengalaman merawat pada hari Isnin 26hb Julai 2010
Lokasi : Yishun
Pesakit : Wanita 20an tahun
Jenis Gangguan : Sihir
Jenis Jin : Pontianak, Iblis yang bernama WasWasil dan Khanzab
Masa : 6ptg
Nama Samaran Pesakit : Siti
Setiba saya di rumah Siti, saya terus memulakan rawatan membaca ayat ayat Ruqyah (Al Quran). Siti merasuk dan meracau. Menangis disertai dengan pekikan yang agak kuat. Saya mendapati ia adalah seekor Pontianak. Menurutnya ia adalah dari utusan Tukang Sihir. Tujuan sihir ialah untuk merosakkan kehidupan Siti. Siti disihir oleh seorang kenalan yang suka dengannya. Siti menolak cintanya maka timbul perasaan sakit hati kenalan tersebut lalu jalan mudah ialah meminta khidmat Bomoh untuk menyihirnya.
Pada awalnya Siti merasakan hilang konsentrasi semasa solat. Dia juga merasakan dirinya was was didalam apa saja yang ia lakukan. Ini menghalang Siti dari melakukan tugasan hariannya.
Saya berdialog dengan Iblis yang bernama Was Wasil.
Saya : Engkau siapa?
Was Wasil: Aku Was Wasil.
Saya : Apa tugas kau?
Was Wasil: Membuat manusia was was dengan ALLAH dan diri sendiri.
Saya : Kau keluar dari tubuhnya!
Was Wasil: Aku diutus Tukang Sihir yang menyembah ku sebagai Tuhannya. Aku tidak sendiri. Aku bersama Khanzab.
Saya : Apa warna kau, Was Wasil?
Was Wasil: Merah. Aku tidak mempunyai tanduk. Aku ada membawa senjata!
Saya : Kau panggil Khanzab.
Khanzab: Aku Khanzab. Kerja aku mengganggu orang solat supaya mereka tidak ingat bacaan dan perbuatan mereka. Aku berpasangan dengan Was Wasil.Apa kau mahu?
Saya : Kau keluar dari tubuh orang ini.
Khanzab : Aku dipuja dan disembah begitu juga dengan Was Wasil oleh Tukang Sihir.
Saya : Apa warna kau dan dimana kau tinggal?
Khanzab : Mesir. Di dalam padang pasir. Aku datang disini dengan cara ku sendiri. Kau tidak boleh tahu.
Saya : Kau mesti keluar apa sekali alasan kau.
Khanzab : Tukang Sihir sudah mendapat upah sebanyak $SGD 5000/-. Jadi tugas harus di jalankan. Kau jangan masuk campur!!!
Saya : Dengan izin ALLAH, Tukang Sihir akan dihadirkan dan ia tidak akan menang dari mana arah pun ia datang.
Tukang Sihir : Apa kau nak ...Hah? Aku kuat . Aku tidak takut ALLAH. Iblis itu Tuhanku.
Saya : Kita lihat. ( Ayat ayat Ruqyah dibaca)
Tukang Sihir : Aku panas. Berhenti!!!Berhenti!!! (disertakan dengan teriakkan)
Saya : Baik. Kau datang dari mana?
Tukang Sihir : Pontian. Aku janji aku tak datang lagi...Tolonglah aku.....
Khanzab : Aku benci. Aku tak nak tengok muka kau.Kami nak keluar.
Saya : Selepas aku Azan, kau orang keluar.
Selesai azan, mereka keluar.
Tiba tiba Pontianak pula yang masuk ke tubuh Siti.
Pontianak : (Mengilai)Heee.....Heee....... aku benci kau. Keluar!!!
Saya : Kau keluar dari sini. Dari mana datangnya kau.
Pontianak ; Dari pokok belakang rumah dan aku tinggal di bilik budak ni. Aku tidak ada Tuan Heee......Heee..... Aku sayang budak ni.(Senyum sambil menjeling)
Saya: Tidak. Keluar kau. (Ayat ayat Ruqyah di baca)
Pontianak : Jangan!!!Janganlah Bodoh.....Aku panasssssss....Ok Aku keluar
Dan ia lari meninggalkan Siti.Setelah itu,Siti muntah muntah dan tersadar.Saya tarbiyahkan Siti sekeluarga dan pulang. Sekian.
Pages
- Biodata Pengasas Dan Penasihat Komuniti Ruqyah Sya...
- Misi Dan Sejarah Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singap...
- Profile Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura
- Pendahuluan Ruqyah Syar'iyyah
- Peraturan Perawat Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singa...
- Perawat Perawat Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapu...
- Hukum Mengambil Upah dari Meruqyah
- Aktiviti
- “Ruqyah And Its Applications / Detect & Identify T...
- Kursus “Rawatlah Diri Mu Dengan Al Quran Dan As Su...
- The Profession of Ruqyah-Giving
- Ruqa from the Sunnah Various forms of supplicat...
- Ruqyah with al-Fatiha
- Definition of Jinn
No comments:
Post a Comment