Sunday, August 15, 2010

Diari Seorang Perawat : Disihir Akibat Dendam Bekas Kekasih

Pengalaman merawat pada hari Isnin 26hb Julai 2010
Lokasi : Boon Lay
Pesakit : Wanita 30an tahun
Jenis Gangguan : Disihir Akibat Dendam Bekas Kekasih
Jenis Jin : Jin Peringkat Alam Rendah dari jenis Puaka
Masa : 9mlm
Nama Samaran Pesakit : Siti

Saya di panggil oleh Ayah Siti untuk ke rumah untuk merawat Siti yang asyik mengilai dan mengganas dari sejak pagi di rumahnya.Setiba saya di rumahnya, Siti lari dan bersembunyi di balik pintu.Saya terus memulakan rawatan membaca ayat ayat Ruqyah (Al Quran). Siti berteriak sekuat hati. Siti sedang kerasukkan.Saya bertanyakan Siti namun beliau hanya berteriak dan menangis. Selepas berjaya dipujuk, akhirnya Jin jenis Puaka tersebut pun mula bercakap. Saya memulakan dialog dengannya.

Inilah perbualan saya bersamanya.

Saya : Engkau ni siapa? Apa kau mahu?

Puaka : Aku adalah Puaka. Aku dihantar untuk porak perandakan hidup Siti.

Saya : Apa salah dia ?

Puaka : Dia memutuskan hubungan dengan kekasihnya. Itu sebabnya. Kau pulak jangan kacau aku. Aku memang diperintahkan oleh bomoh untuk menjalankan tugas. Aku kuat. Aku tak takut kau, Zahurin.

Saya : Hmm.....Aku takutkan ALLAH sahaja. Kau mesti keluar dari tubuh Siti. Dari mana asal kau?

Puaka : Tidak!!! aku berasal dari satu kolam yang besar di Melaka. Aku ambil arahan dari Bomoh aku sahaja. Darah Siti adalah imbalan ku !!! Kau faham!!!.

Dengan izin ALLAH, saya dapat menarik masuk Bomoh dari Melaka dan ini dialognya.

Saya : Kau berasal dari Melaka dan berapa upah kau?

Bomoh : Sungai Rambai dan upah ku $6000/- (Dollar Singapura)Kau jagan kacau urusan aku!!!

Saya : Kau batalkan sihir kau kalau tidak aku tidak ada pilihan melainkan aku tarik keluar segala ilmu kau dengan izin ALLAH!!!

Bomoh : Aku ni cari makan je. Kau jangan marah, aku gurau je.Kalau aku tarik diri, berapa kau nak bayar aku...hee...hee...

Saya : Kalau begitu aku bacakan Ayat ayat ALLAH agar kau diAZAB ALLAH !!!

Bomoh : Aku keluar!! Aku keluar!! Aku tak buat lagi. Aku ni banyak pelanggan. Tolong jangan apa apakan aku.

Saya : Bawak keluar Puaka kau tu dan Tangkal tangkal ghaib kau. Kalau kau datang lagi, aku bakar rumah kau. Faham !!! (Action je...Hang sikit je dah kelam kabut. Kau nak keluar dari mana?

Bomoh : Kaki kiri aku keluar

Saya : OK. Selepas aku azan, larilah kau bertempiaran.

Bomoh : Baiklah.

Selesai azan, saya perintahkan Bomoh dan Puaka untuk keluar

Saya tarbiyahkan Siti. Saya menanyakan tentang Solatnya ternyata tidak bersolat. Tidak pandai membaca Al Quran. Saya sarankan beberapa kelas pengajian pada Siti dan setelah itu, saya pun pulang. Sekian.

Sunday, August 8, 2010

Bengkel Perawat Intensif (3 Hari) Intake Ke-2



Alhamdulillah. Segala puji bagi ALLAH, Rabb Sekelian Alam. Telah sempurna Bengkel yang di jalankan dan dengan itu telah lahir perawat perawat lelaki dan wanita yang Muslim lagi Mukmin. Hampir 3 hari berkuliah dari segi Teori dan amali juga menonton video kaedah Rawatan kami, tiba saat mengambil ujian pada hari Ahad 08/08/2010 jam 11pg.

Syukur. Para peserta bengkel telah lulus ujian dengan jayanya maka lahirlah perawat perawat Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura.

Salamz Dari Timur Yang Jauh

Sheikh Zahurin Al-Jawiah

Diari Seorang Perawat : Keinsafan Jin Kristian (Roman Katholik)

Pengalaman merawat pada hari Isnin 26hb Julai 2010
Lokasi : Bukit Panjang
Pesakit : Wanita 30an tahun
Jenis Gangguan : Gangguan Jin Penunggu Rumah
Jenis Jin : Jin Peringkat Alam Rendah yang beragama Kristian
Masa : 9mlm
Nama Samaran Pesakit : Mariam

Saya di panggil ke rumah Mariam atas sebab merasakan ada satu kehadiran yang sering mendampinginya. Saya terus memulakan rawatan membaca ayat ayat Ruqyah (Al Quran). Mariam tidak menunjukkan tanda tanda kerasukkan.Saya bertanyakan Mariam namun beliau hanya mengatakan beliau rasa biasa saja. Saya memberitahunya yang saya melihat kelopak matanya berkelap kelip dengan lajunya dan ini memberi tanda ada gangguan spiritual berlaku. Mariam agak keberatan untuk diruqyahkan semula. Setelah saya menasihati beliau, baru beliau setuju untuk diruqyah sekali lagi. Baru Al Fatehah di bacakan, Jin yang mengganggu Mariam menangis sekuat kuatnya sambil kedua tangan terangkat dan kepalanya tertunduk ke kanan seperti Salib orang Nasrani. Saya terus berdialog dengannya.

Inilah perbualan saya bersamanya.

Saya : Engkau ni kenapa. Macam Salib orang orang Kristian je?

Jin Kristian : Aku Jin Kristian (Roman Katholik).

Saya : Apa kepentingan kau pada orang ini?

Jin Kristian : Kau jangan kacau aku. Aku memang tinggal kat sini. Aku cuma berbual dengan dia je.

Saya : Kau suka dia?

Jin Kristian : Tak!!! aku bukan suka dengan dia.

Saya : Kau berasal dari mana dan apa bangsa kau?

Jin Kristian : Aku Jin biasa dan aku berumur 1000tahun berasal dari Mesir, Aku tinggal di Gua Hira' di Makkah sebelum kedatangan Islam. Aku pernah berjumpa Nabi Musa.

Saya : Kau mahu keluar?

Jin Kristian : Aku belum fikirkan lagi!

Saya : Kalau begitu aku bacakan Ayat ayat ALLAH agar kau diAZAB ALLAH !!!

Jin Kristian : (Meraung raung kesakitan) Aku keluar!! Aku keluar!!

Saya : Siapa yang boleh tolong kau? Tuhan kau? Nabi Isa itu adalah putera kepada Maryam dan Nabi Isa AS adalah salah satu Nabi/Rasul yang 25 yang wajib diimani. Aku menawarkan sesuatu yang dapat menyelamatkan kau dunia dan akhirat.

Jin Kristian : Apa dia?

Saya : Mahukah kau memeluk agama Islam

Jin Kristian : Aku sudah lama ingin memeluk agama Islam. Tetapi aku tidak tahu bagaimana. Tuan rumah sekeluarga juga gagal menjaga Solat dan ibadah ibadah yang lainnya. Kau Islamkanlah aku.

Saya : InsyaALLAH. Alhamdulillah. Kau sudah ada kesedaran. Ikut aku lafaz dua kalimah syahadah.

Setelah selesai, saya memberinya nama SYAFI"I. Dia menangis terisak isak.

SYAFI"I : Aku telah berdosa. Aku telah menceraikan Pakcik dan Makcik orang ini. Ampunkan aku Ya ALLAH. Ampunkan aku Ya ALLAH.Aku suka dengan Makciknya. Aku telah memperkosanya dan kerana nafsuku, aku buat mereka bercerai berai asalkan aku dapat bersamanya. Makciknya telah meninggalkan rumah ini. Perempuan ini datang dan aku cuba mengambil kesempatan. Maafkan Aku.

Saya : ALLAH akan mengampuni dosa mu wahai Syafi'i. Yang penting keinsafan dan taubat kepada ALLAH. Kau mahu pergi ke mana?

SYAFI"I : Aku pun tak tahu. Kau hantarkanlah aku ke suatu tempat yang baik.

Saya : InsyaALLAH. Aku hantar kau ke Masjid Biru. Kau pernah ke sana atau melihat nya?(Ramai kaum Jin di sini yang kenal akan Masjid Biru)

Masjid Biru adalah tempat "Rehab" Jin Jin yang baru memeluk agama Islam atau yang inginkan bimbingan agama. Di sini mereka mempelajari Solat, Bacaan Al Quran, Hukum hukum Tajwid, Tarannum, Fiqh, Aqidah dan seterusnya. Di sini juga mempunyai Ustaz dan Ustazah dari kalangan mereka yang bertugas membimbing mereka.

SYAFI"I : Aku tahu dimana tempatnya. Aku pernah lintas disana sewaktu aku ini KAFIR. Aku setuju ke sana.

Saya : InsyaALLAH. Lepas aku azan kau terbanglah ke sana.

SYAFI"I : Baiklah

Saya melaungkan azan. Setelah selesai,Syafi'i memberi salam dan keluar. Saya tarbiyahkan Mariam sekeluarga dan setelah itu, saya pun pulang. Sekian.