Alhamdulillah, pada 13 Jun baru-baru ini, Seminar Perubatan Islam Siri 1 : Ke Arah Melahirkan Mu'allij Muda telah berjaya diadakan di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak. Seramai 58 orang muslimin dan muslimat telah mengikuti seminar ini bermula pukul 8.30 pagi sehingga 1 petang.Antara kertas kerja yang dibentangkan oleh Ustaz Suhaimi ialah :
1)Persediaan Menjadi Perawat (Mu'allij)
2)Panduan Mengenal Makhluk Halus
Juga turut diijazahkan sanad ayat-ayat Al-Quran untuk dijadikan zikir amalan bagi membenteng diri daripada gangguan makhluk halus. Di samping itu, sebagai bonus kepada para peserta yang benar-benar ingin mendalami bidang perubatan Islam ini, ustaz dengan rela hati memanjangkan tempoh seminar untuk memberi sanad minum air zam-zam dan pemeriksaan/scan percuma kepada para peserta yang berminat.Seminar ini juga turut disertai oleh sahabat-sahabat kita dari Singapura iaitu Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura dan Brunei.
Pihak penganjur juga telah menerima pelbagai komentar membina daripada para peserta. Insyaallah untuk siri akan datang, pihak kami akan cuba memperbaiki kelemahan yang ada dan berkongsi sebanyak mungkin ilmu dalam bidang perubatan Islam ini untuk manfaat kita bersama. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua staf DR dan para peserta seminar. Jazakumullahu Khairal Jaza'..

No comments:
Post a Comment