Monday, June 21, 2010

Lawatan Daripada Ruqyah Syar'iyyah Singapura


Sabtu- 12 Jun 2010, Jam 2.00 petang, Darussalam menerima kunjungan daripada Komuniti Ruqyah Syar’iyyah Singpura seramai hampir 40 orang ahli persatuan perubatan tersebut. Kehadiran rombongan mereka menaiki sebuah bas mengeratkan lagi hubungan Darussalam dengan persatuan antara kedua-dua belah pihak. Sesi suai kenal dan ucapan ringkas daripada pengerusi Darussalam dan Ruqyah Syar’iyyah menyerikan lagi majlis pertemuan tersebut.
Lawatan berakhir dengan sedikit jamuan yang disediakan pihak Darussalam sebagai pengubat letih. Pihak Darussalam mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ruqyah Syar’iyyah Singapura di atas kunjungan dan pihak Darussalam mengalu-alukan kedatangan pihak Ruqyah Syar’iyyah Singapura pada lain masa.

No comments:

Post a Comment