Tuesday, March 23, 2010


Aktiviti Ruqyah Syar'iyyah
Ruqyah Syar'iyyah menganjurkan aktiviti keagamaan seperti Bengkel Perawat Islam Intensif, Kursus Kursus Perubatan Islam & Cara Rawatan berpandukan Al Quran dan Sunnah dan juga pengalaman semasa merawat. Disamping itu, Ruqyah Syar'iyyah mengeluarkan serta menjual produk CD CD Rawatan sebagai contoh CD Ruqyah, buku buku Rawatan Islam.
Bengkel dan Kursus Perubatan Islam :-

Dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman.

Sheikh Zahurin Al-Jawiah adalah pengamal perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit-pesakit misteri gangguan jin & syaitan. Beliau berasal daripada Singapura. Mempelajari ilmu rawatan dari Ust.Prof.Dr.Jumadi Mustar, Ust.Suhaimi Mustar, Allahyarham Hj.Muhammad, Ust.Prof Dr. Dato' Amran Kasimin, Ust.Muhammad Mihdhar Mahmood & Ust.Mokhtar Kassan. Beliau mempelajari kaedah rawatan dengan menggunakan kitab karangan ulama rawatan Timur Tengah yang bernama SYEIKH WAHID ABDUS SALAM BALI (tersohor di kalangan para mua'lij perubatan Islam).

Kini beliau mempunyai ramai pelajar di seluruh tanah air yang mengikuti kursusnya. Selain mengadakan kursus dan bengkel secara intensif, beliau turut aktif melakukan rawatan di rumah pesakit, di kedai, di pejabat dan kelas rawatan di Singapura dan juga di Johor. Melatih dan mempersiapkan para bakal perawat perawat yang menyertai bengkel perawat intensif. Dengan kemahiran beliau mengenai selok belok perubatan Islam, adalah diharapkan masyarakat kita dapat mengambil manfaat dari setiap seminar/bengkel yang dijalankan.
Perawat Perawat Ruqyah Syar'iyyah

Ketua Perawat : Sheikh Zahurin Al-Jawiah
Perawat Lelaki :
1) Ahmad Bin Dalip 2) Mohd Fadzil Bin Ahmad 3) Md Najib Bin Abdul Latiff 4) Razali Bin Sharipan 5) Herman Bin Sudil 6) Hj.Abdul Aziz Bin Hj.Abdullah 7) Hj.Saiful Bahar Bin Hj.Yaacob 8) Hj.Leman Bin Hj.Ahmad 9) Zakaria Bin Dali
Perawat Wanita :
1) Churiah Bte Rasmadi 2) Sabariah Bte Bahnan 3) Siti Haryati Bte Johari 4) Siti Haryani Bte Johari 5) Aisha Samsudeen



Profile Ruqyah Syar'iyyah


Kami adalah Perawat Perawat yang mempunyai latar belakang dan pengalaman yang berbeza tetapi mempunyai tujuan yang sama iaitu mencegah keSYIRIKkan dan membanteras amalan amalan khurafat. Dengan bersatu di bawah Ruqyah Syar'iyyah,kita akan dapat mengenepikan segala perbezaan yang ada pada diri atau pemikiran kita. Bersama sama kita mengorak langkah maju ke hadapan membantu masyarakat kita yang dibelenggu masalah Gangguan Makhluk Halus, Sihir, Mengamalkan amalan ilmu ilmu yang tidak manfaat kembali ke pangkal jalan dengan berlandaskan Al Quran dan Sunnah.



Misi & Sejarah Ruqyah Syar'iyyah

Ruqyah Syar'iyyah diasaskan oleh Sheikh Zahurin, Ahmad Dalip dan Mohd Fadzil. Kami adalah bekas perawat perawat Pusat Rawatan Darul Ilaaj (Woodlands). Berbekal dengan sedikit pengalaman, kami mengorak langkah dengan menubuhkan Ruqyah Syar'iyyah pada awal Januari tahun 2000. Kami mengambil pendekatan "Mencegah itu lebih baik dari merawat". Mengurangkan pergantungan kepada perawat dan sebaliknya mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T. dan membaca Firman FirmanNya dan juga didalam masa yang sama mengamalkannya. Sebagaimana kita ketahui bahawa Al Quran itu adalah setinggi tinggi martabat penawar & kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung didalamnya adalah penawar penyakit baik dari segi penyakit fizikal atau penyakit spiritual (ruhani).

ALLAH berFirman:
Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Surah Al Isra’ Ayat 82

Kami berhasrat untuk membantu & memberi sokongan (support group) kepada masyarakat Islam di Singapura berbekalkan ilmu yang sedikit, dapat lah kami membantu saudara saudara seAqidah kita yang menderita masalah gangguan Sihir, Makhluk Halus dan seumpamanya. Dengan cara begini dapatlah kani menyampaikan ilmu dan berkongsi pengalaman rawatan yang berpandukan Al Quran dan Sunnah sebagaimana Hadith Rasululullah S.A.W. yang bermaksud:


Dari sahabat Auf bin Malik R.A. dia berkata: Kami dahulu meruqyah dimasa jahiliyyah, maka kami bertanya: Ya Rasulullah bagaimana menurut pendapatmu? Beliau menjawab: “Tunjukkan padaku Ruqyah kamu itu. Tidak mengapa Ruqyah itu selama ia tidak mengandungi kesyirikan”
Hadis Riwayat Imam Muslim

Mudah mudahan,masyarakat Islam Singapura akan dapat manfaat dari kami seraya mendapat panduan panduan untuk menjaga diri dengan melakukan amalan amalan yang warid atau benar dari Rasulullah SAW seperti Zikir Pagi dan Petang, Al Mathurat dan yang seumpama dengannya. Dapat informasi dan mempelajari kaedah yang berlandaskan Al-Quran dan Hadith semasa atau selepas perawatan dan juga cara atau kaedah merawat diri sendiri dan keluarga. InsyaALLAH dengan adanya kursus kursus atau bengkel anjuran kami, dapatlah kita mengenalpasti dan menjauhi amalan Syirik dan Khurafat di dalam masyarakat Islam Singapura amnya. Semoga kewujudan Ruqyah Syar'iyyah akan dapat memberikan komitmen yang bermakna dalam usaha menaikkan martabat masyarakat Islam dan bersama menunjangi perjuangan membebaskan masyarakat kita dari Syirik dan Khurafat.





“Bengkel Perawat Intensif (3 Minggu)”



Masa : 10.00pg – 4.00 ptg
Ahad,24/01/2010,31/01/2010 & 07/02/2010 (Ujian)

yang di adakan di Al Markaz Arabic Learning Centre
58,Bussorah Street S199474 & Masjid Sultan.



* Perawat perawat Ruqyah Syar'iyyah Singapura


Kursus Perubatan Islam Menurut Al-Quran & Sunnah (Modul 1-5)

Kursus Perubatan Islam Menurut Al-Quran & Sunnah (Modul 1-5)






Kursus “Rawatlah Diri Mu Dengan Al Quran & As Sunnah (Modul 1-5)"

Perspektif Dari Seorang Perawat

(Diadakan Di Al-Markaz Arabic Learning Centre di dalam Wardah Bookstore,Bussorah Street berdekatan bahagian pintu belakang Masjid Sultan.
Kursus bermula pada Ahad 14/02/2010 dari 10pg-4ptg. Buku Modul 1 diberikan pada setiap peserta. Bayaran $40/- setiap peserta.)

Modul 1 (Feb 2010) * Tarikh akan diumumkan

“Ayat Ayat Ruqyah & Aplikasinya” (Teori & Praktikal)

Sinopsis

Pelajar akan mempelajari

Teori:

Apa yang dimaksudkan Ruqyah?
Mengapa memilih Ruqyah Syar’iyyah?
Apakah Ruqyah dikhususkan untuk penyakit tertentu?
Syarat-syarat Ruqyah
Cara Ruqyah dan aplikasinya
Cara merawat & menghindar gangguan atau sihir dengan penggunaan ayat ayat suci Al Quran.

Praktikal:

Cara melakukan deteksi/mengesan penyakit sama ada Gangguan,Sihir atau Penyakit Jasmani
Cara melakukan Ruqyah Diri Sendiri (Mandiri)
Cara melakukan Ruqyah dengan Perawat
Cara melakukan Ruqyah Beramai ramai (Massal)
________________________________________________________
Modul 2 (Mac 2010) * Tarikh akan diumumkan

“Melangkah Ke Alam Jin & Syaitan” (Teori & Praktikal)

Sinopsis

Pelajar akan mempelajari


Teori:

Definasi Jin
Sifat-sifat Jin
Agama dan keyakinan Jin
Manusia dan Jin
Alam Ghaib dan penghuninya
Mengenali Makhluk Halus & Permasalahannya Terhadap Manusia

Praktikal:

Cara membersihkan rumah dari gangguan dan sihir
Cara merawat sawan tangis
Cara menyedarkan orang yang pengsan akibat sihir
_________________________________________________________
Modul 3 (April 2010) * Tarikh akan diumumkan

“Menyingkap Rahsia Sihir & Perdukunan” (Teori & Praktikal)

Sinopsis

Pelajar akan mempelajari

Teori:

Definasi Sihir
Jenis-jenis sihir
Sihir dan Jin
Sihir dalam Dunia Manusia dan Jin
Sihir dalam sejarah
Memahami kewujudan Sihir & Tukang Tukang Sihir

Praktikal:

Cara membersihkan bilik hotel (Semasa penginapan)
Cara mematikan barang barang sihir
Cara meruqyah air bacaan untuk gangguan
_________________________________________________________________
Modul 4 (May 2010) * Tarikh akan diumumkan

“Menyingkap Tabir Ilmu Ilmu Kesaktian” (Teori & Praktikal)

Sinopsis

Pelajar akan mempelajari

Teori:

Definasi Ilmu Kesaktian
Jenis-jenis ilmu Kesaktian
Ilmu Hitam dan Ilmu Putih
Pengamal dan para tukang sihir
Sihir bersifat peribadi
Membezakan & mengenali kebenaran ilmu ilmu pengamalnya

Praktikal:

Cara meruqyah air bacaan untuk sihir
Cara merawat gangguan sihir di majlis perkahwinan
Cara memecahkan dinding dinding sihir dari api, asap, cahaya, patung dan selainnya
______________________________________________________
Modul 5 (Jun 2010) * Tarikh akan diumumkan

“Memperkasa Benteng Ghaib & Membongkar Upacara Syirik” (Teori & Praktikal)

Sinopsis

Pelajar akan mempelajari

Teori:

Cara Iblis menipu manusia
Cara Iblis menyesatkan manusia
Pintu pintu Iblis dan Syaitan
Benteng Benteng Ghaib
Cara menggunakan ayat ayat suci Al Quran & amalan amalan yang warid dari Sunnah Rasulullah S.A.W. untuk memelihara diri dari masalah gangguan,sihir,saka,ilmu ilmu hitam dan lainnya.

Praktikal:

Cara merawat Jin yang kesakitan
Cara mengesan kehadiran Jin/Syaitan di sekeiling rumah
Cara memagar diri dan ahli keluarga