Misi & Sejarah Ruqyah Syar'iyyah
Ruqyah Syar'iyyah diasaskan oleh Sheikh Zahurin, Ahmad Dalip dan Mohd Fadzil. Kami adalah bekas perawat perawat Pusat Rawatan Darul Ilaaj (Woodlands). Berbekal dengan sedikit pengalaman, kami mengorak langkah dengan menubuhkan Ruqyah Syar'iyyah pada awal Januari tahun 2000. Kami mengambil pendekatan "Mencegah itu lebih baik dari merawat". Mengurangkan pergantungan kepada perawat dan sebaliknya mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T. dan membaca Firman FirmanNya dan juga didalam masa yang sama mengamalkannya. Sebagaimana kita ketahui bahawa Al Quran itu adalah setinggi tinggi martabat penawar & kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung didalamnya adalah penawar penyakit baik dari segi penyakit fizikal atau penyakit spiritual (ruhani).
ALLAH berFirman:
Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
Surah Al Isra’ Ayat 82
Kami berhasrat untuk membantu & memberi sokongan (support group) kepada masyarakat Islam di Singapura berbekalkan ilmu yang sedikit, dapat lah kami membantu saudara saudara seAqidah kita yang menderita masalah gangguan Sihir, Makhluk Halus dan seumpamanya. Dengan cara begini dapatlah kani menyampaikan ilmu dan berkongsi pengalaman rawatan yang berpandukan Al Quran dan Sunnah sebagaimana Hadith Rasululullah S.A.W. yang bermaksud:
Dari sahabat Auf bin Malik R.A. dia berkata: Kami dahulu meruqyah dimasa jahiliyyah, maka kami bertanya: Ya Rasulullah bagaimana menurut pendapatmu? Beliau menjawab: “Tunjukkan padaku Ruqyah kamu itu. Tidak mengapa Ruqyah itu selama ia tidak mengandungi kesyirikan”
Hadis Riwayat Imam Muslim
Mudah mudahan,masyarakat Islam Singapura akan dapat manfaat dari kami seraya mendapat panduan panduan untuk menjaga diri dengan melakukan amalan amalan yang warid atau benar dari Rasulullah SAW seperti Zikir Pagi dan Petang, Al Mathurat dan yang seumpama dengannya. Dapat informasi dan mempelajari kaedah yang berlandaskan Al-Quran dan Hadith semasa atau selepas perawatan dan juga cara atau kaedah merawat diri sendiri dan keluarga. InsyaALLAH dengan adanya kursus kursus atau bengkel anjuran kami, dapatlah kita mengenalpasti dan menjauhi amalan Syirik dan Khurafat di dalam masyarakat Islam Singapura amnya. Semoga kewujudan Ruqyah Syar'iyyah akan dapat memberikan komitmen yang bermakna dalam usaha menaikkan martabat masyarakat Islam dan bersama menunjangi perjuangan membebaskan masyarakat kita dari Syirik dan Khurafat.
No comments:
Post a Comment