Pengalaman merawat pada hari Jumaat 07hb Januari 2011
Lokasi : Tampines
Pesakit : Wanita 30an tahun
Jenis Gangguan : Disihir Akibat Menggalakkan Pembantu Rumah Bersolat
Jenis Jin : Ifrit Laut, Nyi Blorong
Masa : 9mlm
Nama Samaran Pesakit : Normah
Saya di panggil oleh suami Normah untuk ke rumah untuk merawat Normah yang sering sakit kepala dan anggota badannya terasa bisa dan lemah dari sejak beberapa hari. Bila Normah berada di rumahnya, ia akan rasa gelisah dan sering marah marah pada ahli keluarganya terutama suaminya.Setiba saya di rumahnya, Normah kelihatan bingit dan buat tak tahu. Alhamdulillah, Normah dapat mengawal dirinya lalu meminta saya merawatnya. Suaminya membawa Normah ke ruang tamu sebagai ruangan untuk merawat. Saya memulakan rawatan membaca ayat ayat Ruqyah (Al Quran). Kaki Normah bergetaran dengan kuat. Kepalanya bergerak seperti kepala ular. Normah telah rasuk ular. Tarikkan nafasnya juga kencang. Didalam diri saya mengatakan ini macam Nyi Blorong aje. Saya mempunyai banyak pengalaman berdepan dengan Nyi Blorong. Pengalaman selama 15 tahun banyak mengajar saya mengenali berbagai masalah gangguan, sihir dan sebagainya. Saya mulakan dialog dengan ular tersebut.
Inilah perbualan saya bersamanya.
Saya : Engkau ni Nyi Blorong?
Nyi Blorong : Ya, saya Blorong. Pak Ustadz apa khabar?
Saya : Alhamdulillah. Ada apa Nyai? Hingga datang ke mari.
Nyi Blorong : Aku ada urusan sama orang ini. Kamu tak usah masuk campur ya.
Saya : Sihir? Saya akan masuk campur kerana orang ini saudara seIslam ku. Aku pastikan Nyi berusan dengan aku.
Nyi Blorong : Ayah dan abangnya memberi aku upah yang lumayan. Lagi pun mereka tidak suka ahli keluarga mereka bersolat. Kamu faham. Majikannya ini kurang ajar. Jadi mereka mengupah aku untuk membereskan masalah ini. Mereka mengamalkan ilmu hitam yang perlu pada penyembahan pada Iblis.
Saya : Hey Blorong, aku akan penggal leher kau kalau kau mahu teruskan rencana mu. Aku tidak takut dengan kau, Nyi aku hanya takut pada ALLAH sahaja. Kau mesti keluar dari tubuh ini. Kau tidak punya pilihan!!!.
Nyi Blorong : Tidak!!! aku akan tentang kamu, Tukang Rawat. Upahannya sangat bagus. Mana bisa aku lepaskan tawaran sebegitu. Sudah siap kamu? Mari kita beradu handal. Siapa yang akan menang atau tewas. Aku, Blorong atau kamu, Tukang Rawat. (sambil menjelirkan lidah dan mengeluarkan bunyi seperti ular. Nyi Blorong ini adalah Siluman yakni separuh wanita dan separuh ular yang berwarna hijau kehitaman).
Dengan izin ALLAH, saya dapat menewaskan Nyi Blorong dan akhirnya Nyi mengaku kalah dan ini dialognya.
Saya : Bagaimana mau teruskan lagi?
Nyi Blorong : Cukup!! Aku mengaku kalah. Aku keluar.
Saya : Nyi perintahkan tentera tentera kamu yang terdiri dari Kuntilanak, Sundel Bolong, Gondoruwo keluar dari rumah ini dan ambil segala tangkal ghaib pada orang ini dan rumahnya.
Nyi Blorong : Baiklah. Aku sudah perintahkan orang orang ku untuk mengambil segala tangkal ghaib yang ada dan segala orang orang ku untuk ikut aku pulang. Aku ingin keluar dari mulutnya.
Saya : Kalau begitu aku akan laungkan azan dan Nyi pulang ke kerajaan Kraton bersama tenteranya.
Nyi Blorong : Baiklah aku keluar!! Aku tidak akan kembali lagi.
Saya : OK. Selepas aku azan, keluarlah semuanya.
Nyi Blorong : Baiklah.
Selesai azan, saya perintahkan Nyi Blorong dan Tenteranya untuk keluar
Saya tarbiyahkan Normah. Saya menanyakan tentang Solatnya Alhamdulillah solatnya bagus. Boleh membaca Al Quran. Saya berikan beberapa tips penjagaan pada Normah dan setelah itu, saya pun pulang. Sekian.
Pages
- Biodata Pengasas Dan Penasihat Komuniti Ruqyah Sya...
- Misi Dan Sejarah Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singap...
- Profile Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura
- Pendahuluan Ruqyah Syar'iyyah
- Peraturan Perawat Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singa...
- Perawat Perawat Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapu...
- Hukum Mengambil Upah dari Meruqyah
- Aktiviti
- “Ruqyah And Its Applications / Detect & Identify T...
- Kursus “Rawatlah Diri Mu Dengan Al Quran Dan As Su...
- The Profession of Ruqyah-Giving
- Ruqa from the Sunnah Various forms of supplicat...
- Ruqyah with al-Fatiha
- Definition of Jinn
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment