Sejarah awal pembabitan Ruqyah
Saya mengambil masa yang lama untuk mula menceburi bidang perawatan ini. Setelah mengikuti beberapa kursus rawatan di Singapura, saya masih belum mula merawat. Dugaan dan ujian sering datang menguji kesabaran dan ketabahan saya. Semasa duduk di dalam Dewan untuk menunggu kedatangan Ustadz, saya lihat ada segelintir pelajar yang duduk dihadapan tidak suka pelajar yang bukan dari kumpulannya duduk bersama dihadapan. Sehingga ada yang beralih tempat. Ini adalah tanda tanda awal perawat perawat tidak bersatu di dalam kebaikkan.
Setelah berkursus, saya mula membuat CD Ruqyah dan Kitab Ruqyah bersama dua teman sekerja. Kami menggunakan nama "Mujahid Creative Arts". Pada awal editing CD, komputer yang saya gunakan mengalami keadaan yang pelik. Komputer screen akan menunjukkan "Pangkah Berwarna Merah" (yang besar saiznya). Komputer boleh hidup sendiri dan ada tulisan menggunakan Microsoft Words tertulis. Sayangnya saya tidak dapat "Save" dan ia hilang begitu saja. Komputer saya selalu "Crashed".
Saya hampir menyerah. Peralatan rumah selalu rosak seolah olah bergilir gilir. Bila CD (Master Copy) dihantar untuk "CD Pressing" di salah satu tempat pembikinan CD, saya menerima panggilan dari Sales and Service Officer yang memberitahu saya tentang kelewatan untuk menyiapkan CD tersebut kerana mesinnya rosak. Akhirnya siap juga CD yang dinantikan. Sambutan amat menggalakkan CD dan Kitab Ruqyah habis terjual serata Singapura.
Kami juga pernah ditipu salah seorang pegawai Masjid yang ingin menjualkan CD dan Kitab kami. Akhirnya CD dan Kitab Ruqyah tersebut lesap bersama dengan pegawainya tidak lagi bertugas di situ.
No comments:
Post a Comment