Monday, June 28, 2010

Foto Foto Wisata Pusat Pusat Rawatan Islam Di KL & Shah Alam

Sabtu- 12 Jun 2010, Komuniti Ruqyah Syar’iyyah Singpura seramai hampir 40 orang ahli berkunjung ke Persatuan Perubatan Islam .Darussyifa',Darussalam, Kediaman Ust.Dato Dr Amran Kasimin, Darul Ruqiyyah dan Al Manarah. Kehadiran rombongan kami disambut dengan mesra dan kami amat terharu dengan sambutan yang diberikan kepada kami.
Dengan kehadiran kami ini mudah mudahan dapat mengeratkan lagi hubungan Komuniti Ruqyah Syar’iyyah Singapura dan Pusat Pusat Rawatan Islam yang kami ziarahi didalam program Wisata ini. Dengan adanya persatuan antara kedua-dua belah pihak maka akan terjalinlah hubungan silaturrahim di antara Perawat di Malaysia dan Singapura.
Sesi suai kenal dan ucapan ringkas daripada pengerusi dan pengasas Pusat Pusat Rawatan tersebut dan juga Komuniti Ruqyah Syar’iyyah menyerikan lagi majlis pertemuan tersebut. Lawatan kami diakhiri dengan jamuan jamuan yang disediakan sebagai pengubat letih.
Pihak Ruqyah Syar’iyyah Singapura mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Perubatan Islam .Darussyifa',Darussalam, Kediaman Ust.Dato Dr Amran Kasimin, Darul Ruqiyyah dan Al Manarahdi atas sambutan dan pihak Ruqyah Syar’iyyah Singapura mengalu-alukan kedatangan pihak mereka di Singapura pada masa yang akan datang. Alhamdulillah. Praise to ALLAH. We have return safely to our beloved Singapore with sweet and yet memorable memories of those visits to the Pusat Rawatan Islam in KL & Selangor.

No comments:

Post a Comment