Thursday, March 31, 2011

Diari Seorang Perawat : "Persinggahan Nyi Roro Kidul Dan Nyi Blorong"

Pengalaman merawat pada hari Sabtu 24hb May 2008
Lokasi : Woodlands Drive 50
Pesakit : Pembantu Rumah (Wanita 30an tahun)
Jenis Gangguan : Sihir
Jenis Jin : Ifrit Laut
Masa : 3 ptg
Nama Samaran Pesakit : Sarimah & Yanti


Saya menerima panggilan dari Faizal, abang kepada Sarimah untuk temujanji rawatan. Faizal mengatakan Sarimah selalu sakit kepala dan mabuk dan anggota badannya terasa malas dari sejak mempunyai Pembantu Rumah. Ia belarutan sehingga 4 bulan lamanya. Sering bertengkar soal remeh temeh dengan suami. Beliau juga sering emosi dan tidak dapat melakukan aktiviti harian kerana masalahnya ini.

Akhirnya Sarimah dan suami bersependapat untuk memanggil saya ke rumah untuk sesi rawatan Ruqyah. Setiba saya di rumahnya, Sarimah kelihatan lemah dan hanya bersandar di sofa. Saya menyuruh Sarimah memanggil Pembantu Rumahnya, Yanti untuk dirawat bersama.

Suaminya membawa Sarimah dan Yanti ke ruang tamu sebagai ruangan untuk merawat. Saya memulakan rawatan membaca ayat ayat Ruqyah (Al Quran). Seluruh anggota Sarimah lemah longlai seperti orang sedang mabuk. Kelopak matanya terbuka dan tertutup layu. Beliau seolah sedang berkhayal. Sarimah sesak nafas. Beliau kelihatan seperti seseorang yang sedang nazak. Manakala Yanti kelihatan diam dengan keadaan seperti normal. Apabila selesai pembacaan Ruqyah, saya memerintahkan Jin atau Syaitan supaya menghentikan gangguan dan kezaliman yang mereka lakukan terhadap Sarimah dan Yanti.

Saya terpandang Yanti menguntumkan senyuman. Sarimah kelihatan lemah dan tersandar di dinding. Maka makhluk yang bersama Yanti pun mulalah berdialog dengan saya.

Inilah perbualan saya bersamanya.

Yanti : Apa khabar Pak Ustadz? (Gayanya seperti pernah saya lihat. Dia adalah Nyi Blorong)

Saya : Nyi lagi apa?

Nyi Blorong : Lagi nonton Sinetron....Tadi sebelum kamu datang, ada seorang Dukun datang mahu merawat Sarimah. Itu Dukun penipu dan kuang ajar. Belum apa apa sudah cakap yang besar. Kononnya sudah banyak nangkap Jin sama Setan. Ternyata palsu. Dia hanya bersandiwara dengan Jin peliharaannya atas sebab mau uang. Itu aja.

Saya : Oh....Begitu. Kenapa satu Penguasa Kerajaan Kraton, Nyi mengerjakan pekerjaan sebegini....Sihir!!!

Nyi Blorong : Upahnya bagus sih!!! Satu ekor kerbau itam dan 6 ribu wang Singapur. Siapa saja bisa mau....Ya Pak Ustadz....

Saya : Kau jangan ganggu dia. Aku tidak akan biarkan kau sewenang wenang untuk lakukan apa yang kau suka.

Nyi Blorong : Lucu kamu Pak Ustadz!!!. Kamu tidak usah masuk campur!!!.

Tiba tiba sesuatu berlaku......Yanti bertukar suara dan berkata : "Blorong!!!! Hentikan semua ini!!! Pulang saja!!! Jangan merendahkan martabat kita dengan melakukan perbuatan ini. Maaf Pak Ustadz, saya Nyi Roro Kidul, Penguasa Pantai Selatan. Apa Pak Ustadz sudah tidak kenal sama saya".

Saya : Ya...Saya masih ingat....

Nyi Roro Kidul : Pulang Blorong. Jikalau kamu ingkar. Aku tidak akan membantu mu.

Nyi Blorong : Aku tidak perlukan bantuan mu, wahai sepupuku!!!!!!.

Nyi Roro Kidul : Baiklah....Pak Ustadz apa yang perlu lakukan..........Silakan saja........

Saya : Blorong!!!! Hentikan dan pulang saja!!! .

Nyi Blorong : Ayuh! Kita beradu handal.......Siapa yang gagah bisa teruskan apa mahunya!!!!!

Saya : Silakan!!! Saya bacakan ayat Ruqyah.......Ia terpekik pekik dan mahu keluar....

Nyi Blorong : Brengsek!!! Kali ini kau menang!!! Aku keluar..........

Saya : Keluar dari mana?

Nyi Blorong : Dari mulut!!!!.

Saya : OK. Selepas aku azan, Nyi keluar.

Nyi Blorong : Baiklah.

Selesai azan, saya perintahkan Nyi Blorong untuk keluar..............

Setelah mereka sedar, saya tarbiyahkan Yanti dan Sarimah. Saya menanyakan mereka tentang Solatnya.. Keduanya tidak bersolat. Saya tarbiyahkan mereka berdua dan berikan beberapa tips penjagaan pada Yanti dan Sarimah. Setelah itu, saya pulang. Sekian.