Alhamdulillah. Segala puji bagi ALLAH S.W.T., Rabb Sekelian Alam. Kami mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kerana menyokong kami, Komuniti Ruqyah Syar’iyyah Singapura.
Di sini saya ingin memberitahu bahawa saya, Zahurin Bin Mohamed Omar sebagai Pengasas dan Penasihat Komuniti Ruqyah Syar’iyyah Singapura mengambil keputusan muktamad untuk membatalkan Seminar tersebut untuk mengelakkan masalah yang lebih besar akibat kekurangan Dana dan juga menjaga nama Komuniti Ruqyah Syar’iyyah Singapura dan para sukarelawannya. Dengan ini mengambil keputusan untuk membatalkan Seminar Rawatan Islam yang bertarikh Sabtu 30/10/2010 dan Ahad 31/10/2010.
En.Herman Sudil telah meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi dan beliau bukan lagi keluarga Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura. Dengan ini nama Ruqyah Syar’iyyah Singapura atau Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura tidak dibenarkan untuk kegunaan peribadi.
Disini saya tidak ingin menyatakan sebab sebab yang lebih "detail" tentang pembatalannya didalam blog atau Facebook. Cukuplah mereka yang menghadiri perbincangan perbincangan yang telah kita adakan itu mengetahuinya. Tidak perlu bertegang urat. Kita harus mendewasakan diri bukan berlagak dewasa walhal kita berkelakuan kebudak budakkan. Yang pasti kita semua akan dipertanggung jawabkan atas apa yang kita lakukan. Kita tidak perlu risau ALLAH melihat apa yang kita buat.
Saya tidak redha atas perkara perkara yang berlaku dibelakang saya. Sesiapa yang berburuk sangka pada Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura dan melontarkan berbagai andaian, saya akan dakwa mereka di mahkamah ALLAH.
"Bila menari dongak ke langit, langkah sumbang salahkan bumi, silap sendiri tak dipeduli, menuduh orang membuta tuli, baru terngadah menyesali diri"
Fahamkan kata kata dari Bandi AMUK
Sekian. Terima kasih.
Saya sudahi dengan Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh