Tuesday, February 1, 2011

Pengalaman merawat manusia yang meminta pertolongan setelah itu ....................

Sebagai seorang Perawat, sudah biasa dengan keadaan pulang lewat tengah malam atau awal pagi sudah menjadi kebiasaan saya. Pesakit akan menelefon saya tidak kira waktu samada saya masih berjaga atau sesudah tidur. Ada diantara mereka bertanya kepada saya, "Ustadz boleh datang sekarang". Saya adalah seseorang yang tidak tahu mengatakan tidak boleh. Selagi masih mempunyai tenaga, saya akan pergi ke mana mana tempat yang memerlukan khidmat saya. Title, Nama dan penghormatan itu tidak penting bagi saya. Yang penting apakah sumbangan kita pada Masyarakat.

Saya merawat tidak kira bangsa atau agama kerana mereka juga adalah hamba ALLAH. Di sini saya mengambil kesempatan berdakwah dengan menunjukkan kepada mereka kebesaran ALLAH dan kelebihan Al Quran. Mudah mudahan mereka di beri hidayah untuk beriman kepada ALLAH SWT. Mereka berkata kepada saya, "You cured me". Saya perbetulkan kenyataan itu dengan mengatakan "I'm just a servant of ALLAH. I have no healing capabilities. ALLAH cured you and Al Quran is the medicine".

Mereka diam dan mengakuinya dan bertanya; "Why you want to treat me when I'm no Moslem"? Saya mengatakan ; "Are we not living under same sun, walking under the same moon, breathing the same air and sharing the same earth"? That's move me to lend a helping hand to my own countryman. Regardless of race, language, creed and religion. That's our National Pledge. Mereka gembira dengan kenyataan kami.

Menolong orang dalam kesukaran lagi pun Fardhu Kifayah. Kasihan dengan orang orang yang mengalami penderitaan mental dan fizikal akibat diganggu. Saya akan bantu sedaya upaya yang saya mampu. Orang orang yang semacam saya ini ibarat seperti "Soldier Of Fortune" atau "Unsung Heroes" didalam bahasa Inggeris. Saya tinggalkan kelazatan dunia yang mana manusia sedang seronok dibuai mimpi dan saya sedang berjuang berhadapan dengan tukang sihir dan Jin atau Syaitannya.

Ada diantara mereka memuji saya dan tak kurang juga yang mengeji. Sudah menjadil lumrah bila seseorang memerlukan pertolongan, apa saja pun boleh. Ini termasuk pelajar pelajar saya sendiri. Menabur fitnah, sangka buruk, mengeji, menghina dan berbagai lagi. ALLAH saja yang tahu bagaimana perasaan saya. Inilah manusia yang tiada iman didalam dirinya. Kepada ALLAH saya berserah kerana diakhirat nanti, setiap perbuatan manusia itu akan dipertanggung jawabkan. No one will be spared.

Inilah penyakit Masyarakat kita. Diantara sebab tiada kesembuhan apabila dirawat ialah kita gagal bermuhasabah diri sendiri dan bagi diri perawat, rawatlah diri mu dahulu sebelum merawat orang lain. Jangan menjual ayat ayat ALLAH dengan harga yang murah. Melabelkan seseorang dengan firman ALLAH atau Hadith Rasul yang berakhir dengan memakan diri sendiri .

Kalau pengalaman tidak ada, rasa ghairah yang meluap luap, nak menonjolkan diri agar dihormati orang ramai, BERHENTI dahulu dan fikirkan. Bak kata pepatah Melayu; "Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga". Jangan cuba cuba nak merawat. Ditakuti akan membinasakan diri sendiri atau lebih buruk keluarga sendiri kerana tukang sihir atau Jin akan berdendam dengan perawat.

*Inilah adalah secebis kisah pengalaman yang saya lalui sepanjang penglibatan selama 15 tahun di dalam dunia Rawatan Terapi Ruqyah.

Sunday, January 30, 2011

Diari Seorang Perawat : Jin Kristian Ingin Melamar Gadis Sikh

Pengalaman merawat pada bulan Julai2010
Lokasi : Hougang
Pesakit : Wanita 28 tahun
Jenis Gangguan : Jin Kristian Ingin Melamar Gadis Sikh
Jenis Jin : Jin Laut
Masa : 8 mlm
Nama Samaran Pesakit : Sukhinder Kaur



Saya di panggil oleh ayah Sukhinder untuk ke rumah untuk merawat Sukhinder yang sering sakit kepala, takut yang melampau dan sering bertengkar dengan tunangannya. Ia mengalami keadaan sebegini hampir 2 bulan. Sukhinder akan rasa gelisah dan sering marah marah pada ahli keluarganya terutama tunangannya.Setiba saya di rumahnya, Sukhinder kelihatan tidak tentu arah dan gelisah. Sukhinder menceritakan saya yang ia sering melihat kucing hitam di luar rumahnya apabila pulang dari kerja.

Menurutnya, jiran jirannya tidak memelihara kucing hitam. Amat menghairanlan bagi seekor kucing untuk naik ke flat yang tingginya hingga ke tingkat 11. Saya cuba menenangkan Sukhinder yang tidak tentu arah. Alhamdulillah, Sukhinder berjaya menenangkan keadaan dirinya lalu meminta saya merawatnya. Saya merawat Sukhinder dalam keadaan ia duduk di meja makan. Saya memulakan rawatan membaca ayat ayat Ruqyah (Al Quran).

Kaki Sukhinder bergetaran dengan kuat dan membuat aksi berlari. Sukhinder kerasukkan. Dia berteriak dan menangis sekuat hati. Saya mulakan dialog dengan Jin tersebut.

Inilah dialog saya bersamanya.

Saya : Hallowed Be Thy Name?

Jin Kristian : I love her!!! Don't separate us, please.

Saya : Have no fear, oh Jin. What is your name? What is your religion?. How old are you? Are you a male or female?

Jin Kristian
: My name is John. My religion is Roman Catholic. I believe in the son of Mary. Holy Father & the Holy Ghost. I am 1000yrs old and I am a male.

Saya : Jesus is our prophet in Islam. Why do you disturb her? What do you want?

Jin Kristian : I love her!!! I want to convert her to Christianity. I want to be her husband!!!.

Saya : You can't take her as your wife. She is human when you are a Jinn. You can't force anyone to convert out of her will. She has her own religion, Sikhism and her parents does not want you to take over her by possessing her body.

Jin Kristian : Okay....Okay.... Can I take her for a walk in my own world and I'll promise to send her back to her world.

Saya : In the name of ALLAH, it will never happen. Leave her body without any condition or I seek ALLAH's punishment to be on you.

Jin Kristian : Please don't do that!!! Spare me please... I'll leave her without any condition. You tell me which way would you want me to leave this body?

Saya : Out through the way you enter her body.

Jin Kristian : I entered her through her mouth.

Saya : That shall be your way out. After the azan (prayer call). Leave this body.

Jin Kristian : I'll obey your instruction. Take good care of her...

Dengan izin ALLAH, Jin Kristian keluar meninggalkan pesakit.

Saya nasihatkan Sukhinder dan keluarganya serta memberi tips tips penjagaan selepas rawatan padanya. Setelah itu, saya pun pulang. Sekian.

Saturday, January 29, 2011

Tempat Tempat Yang Pernah Saya Merawat

Merawat menjadi aktiviti saya sepenuh masa tidak kira waktu malam atau siang,lokasi (dimana mana sahaja). Jikalau ada panggilan yang memerlukan kehadiran dan khidmat saya, InsyaALLAH saya akan terima melainkan saya tidak sihat. Saya pasti akan sahut panggilan itu.

Di antara tempat yang saya pernah melakukan rawatan ialah :

Hospital : Di ward atau ICU

1.SGH
2.TTSH
3.AH
4.CGH
5.KTPH
6.KKWCH
7.NUH
8.AMK Com Hosp
9.Dover Hospice
10.IMH

Masjid : Serata Singapura

Tempat Riadhah seperti East Coast Park, Pasir Ris Park,

Eating Establishment

Most Fast Food Rest., Di Factory, Pusat Makanan di Eunos, Pusat Makanan Adam Road, Kedai Kopi, Road Side

Private Housing

1.Ris Grandeur
2.Bayshore Park
3.Ballotta Park
4.WoodGrove
5.North Oak
6.Sunbird Road
7.Lorong Melayu
8.Upper Thomson
9.Loyang
10.Lornie Road
11.Leonie Hill

Pesakit Luar Negeri

1.Johor
2.Melaka
3.Kuala Lumpur
4.Selangor
5.Australia
6.New Zealand
7.UK
8.Canada
9.Indonesia

Pesakit Pesakit yang terdiri dari berbagai agama :

1.Roman Catholic
2.Protestant
3.Mormon
4.Jehovah Witness
5.Hindu
6.Buddhist
7.Taoist

Saya bacakan mereka Ayat Ayat Al Quran di kediaman mereka. Mereka sembuh dengan izin ALLAH. Mereka amat gembira dan dari sini saya ambil kesempatan berdakwah. Mudah mudahan ALLAH buka pintu hati mereka untuk beriman kepada ALLAH SWT. Mereka memberitahu saya, "you cure me". Saya dengan jelas menyatakan kepada mereka, "ALLAH relief you off from your misery. ALLAH cured you, not me. I'm just a humble servant of ALLAH. The one who cured you is ALLAH and the medicine is Al-Quran". Mereka terdiam dan bersetuju dengan saya. Saya akan ceritakan pengalaman saya di ruangan kisah rawatan.

Friday, January 28, 2011

Diari Pengalaman Seorang Perawat (Bhg.2)

Permulaan Minat Nak Cuba Merawat

Saya mula mempraktik rawatan pada 1998 bersama Allahyarham Hj.Mohd dan isterinya. Mereka berdua ibarat Datuk dan Nenek saya. Umur sudah menjangkau 75 thn tetapi masih ingin membantu masyarakat. Saya kagum dengan mereka. Badannya sahaja yang uzur tetapi semangat mereka kuat. Saya bermula sebagai "driver" sahaja. Menghantar mereka ke rumah rumah pesakit yang telah membuat temujanji.

Di waktu ini, saya sudah mula merawat di Darul Ilaaj (Wlds) di bawah bimbingan Ust.Suhaimi Mustar. Saya tidak mempunyai idea bagaimana nak merawat dan menggunakan ayat ayat Ruqyah untuk rawatan. Kebanyakkan kursus yang saya hadir hampir serupa. Tidak mengajarkan cara yang khusus. Oleh itu ramai yang hadir di dalam kursus tersebut tidak boleh merawat. Diantara mereka adalah saya.

Hj.Muhammad berkata pada saya, "Takkan kau nak jadi drebar aje. Mari cuba rawat. Nanti Pak Haji ajarkan caranya". Saya pun cuba. Tempat yang pertama saya cuba merawat ialah di Pasir Ris. Kami amat terkejut kerana yang menyambut kami adalah pesakit yang sudah kesurupan Jin Ifreet. Pesakit bersilat dihadapan pintu. Saya pun panik dan kelam kabut. Maklumlah pengalaman merawat diluar yang pertama.

Saya berkata dalam hati, "Aku ajak orang tua ni balik pun cantik. Silap hari bulan orang tua ni kena penumbuk, bertabur tulang". Alhamdulillah, pesakit dapat ditangani dengan baik. Saya pun berjaya merawat pesakit. Syukur pada ALLAH. Pintu perjuangan untuk merawat sudah terbuka. Maka bermulalah lembaran baru.

Melangkah ke alam Rawatan.

Perjumpaan Hari Raya Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura 2011 Di Downtown East

Pada akhir Hari Raya yang lalu, kami telah mengadakan Perjumpaan Hari Raya Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura 2011 Di Downtown East. Ahli Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura serta keluarga hadir untuk menyerikan Majlis. Kami menyewa salah satu Chalet di situ dan mengadakan berbagai acara serta BBQ. Lucky Draw dan berbagai acara diadakan. Sambutan dan sokongan amat menggalakkan. 16 famili dari serata Singapura hadir dan turut serta dalam acara ini. InsyaALLAH di masa hadapan akan kami adakan lagi demi merapatka ukhwah dan tali persaudaraan dintara ahli Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura. Ameen.






Diari Pengalaman Seorang Perawat (Bhg.1)

Sejarah awal pembabitan Ruqyah

Saya mengambil masa yang lama untuk mula menceburi bidang perawatan ini. Setelah mengikuti beberapa kursus rawatan di Singapura, saya masih belum mula merawat. Dugaan dan ujian sering datang menguji kesabaran dan ketabahan saya. Semasa duduk di dalam Dewan untuk menunggu kedatangan Ustadz, saya lihat ada segelintir pelajar yang duduk dihadapan tidak suka pelajar yang bukan dari kumpulannya duduk bersama dihadapan. Sehingga ada yang beralih tempat. Ini adalah tanda tanda awal perawat perawat tidak bersatu di dalam kebaikkan.

Setelah berkursus, saya mula membuat CD Ruqyah dan Kitab Ruqyah bersama dua teman sekerja. Kami menggunakan nama "Mujahid Creative Arts". Pada awal editing CD, komputer yang saya gunakan mengalami keadaan yang pelik. Komputer screen akan menunjukkan "Pangkah Berwarna Merah" (yang besar saiznya). Komputer boleh hidup sendiri dan ada tulisan menggunakan Microsoft Words tertulis. Sayangnya saya tidak dapat "Save" dan ia hilang begitu saja. Komputer saya selalu "Crashed".

Saya hampir menyerah. Peralatan rumah selalu rosak seolah olah bergilir gilir. Bila CD (Master Copy) dihantar untuk "CD Pressing" di salah satu tempat pembikinan CD, saya menerima panggilan dari Sales and Service Officer yang memberitahu saya tentang kelewatan untuk menyiapkan CD tersebut kerana mesinnya rosak. Akhirnya siap juga CD yang dinantikan. Sambutan amat menggalakkan CD dan Kitab Ruqyah habis terjual serata Singapura.

Kami juga pernah ditipu salah seorang pegawai Masjid yang ingin menjualkan CD dan Kitab kami. Akhirnya CD dan Kitab Ruqyah tersebut lesap bersama dengan pegawainya tidak lagi bertugas di situ.

Karnival Keluarga Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura Sempena Ulang Tahun Ke-6