Friday, January 28, 2011

Perjumpaan Hari Raya Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura 2011 Di Downtown East

Pada akhir Hari Raya yang lalu, kami telah mengadakan Perjumpaan Hari Raya Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura 2011 Di Downtown East. Ahli Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura serta keluarga hadir untuk menyerikan Majlis. Kami menyewa salah satu Chalet di situ dan mengadakan berbagai acara serta BBQ. Lucky Draw dan berbagai acara diadakan. Sambutan dan sokongan amat menggalakkan. 16 famili dari serata Singapura hadir dan turut serta dalam acara ini. InsyaALLAH di masa hadapan akan kami adakan lagi demi merapatka ukhwah dan tali persaudaraan dintara ahli Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura. Ameen.






Diari Pengalaman Seorang Perawat (Bhg.1)

Sejarah awal pembabitan Ruqyah

Saya mengambil masa yang lama untuk mula menceburi bidang perawatan ini. Setelah mengikuti beberapa kursus rawatan di Singapura, saya masih belum mula merawat. Dugaan dan ujian sering datang menguji kesabaran dan ketabahan saya. Semasa duduk di dalam Dewan untuk menunggu kedatangan Ustadz, saya lihat ada segelintir pelajar yang duduk dihadapan tidak suka pelajar yang bukan dari kumpulannya duduk bersama dihadapan. Sehingga ada yang beralih tempat. Ini adalah tanda tanda awal perawat perawat tidak bersatu di dalam kebaikkan.

Setelah berkursus, saya mula membuat CD Ruqyah dan Kitab Ruqyah bersama dua teman sekerja. Kami menggunakan nama "Mujahid Creative Arts". Pada awal editing CD, komputer yang saya gunakan mengalami keadaan yang pelik. Komputer screen akan menunjukkan "Pangkah Berwarna Merah" (yang besar saiznya). Komputer boleh hidup sendiri dan ada tulisan menggunakan Microsoft Words tertulis. Sayangnya saya tidak dapat "Save" dan ia hilang begitu saja. Komputer saya selalu "Crashed".

Saya hampir menyerah. Peralatan rumah selalu rosak seolah olah bergilir gilir. Bila CD (Master Copy) dihantar untuk "CD Pressing" di salah satu tempat pembikinan CD, saya menerima panggilan dari Sales and Service Officer yang memberitahu saya tentang kelewatan untuk menyiapkan CD tersebut kerana mesinnya rosak. Akhirnya siap juga CD yang dinantikan. Sambutan amat menggalakkan CD dan Kitab Ruqyah habis terjual serata Singapura.

Kami juga pernah ditipu salah seorang pegawai Masjid yang ingin menjualkan CD dan Kitab kami. Akhirnya CD dan Kitab Ruqyah tersebut lesap bersama dengan pegawainya tidak lagi bertugas di situ.

Karnival Keluarga Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura Sempena Ulang Tahun Ke-6

Tuesday, January 25, 2011

Nasihat Bagi Mereka Yang Ghairah Ingin Merawat

Saya ingin berkongsi pengalaman saya selama 15thn merawat berbagai jenis gangguan, sihir, membuang ilmu, masalah saka dan banyak lagi. Di dalam penglibatan saya merawat, banyak perkara pahit dan manis saya lalui. Ada yang memuji dan tak kurang yang mencaci. Maklum sajalah manusia. Waktu pulang rawatan pun tidak menentu. Kadangkala cepat kadangkala hingga jam 6pg.

Saya merawat hari hari dengan menunggu panggilan daripada mereka yang memerlukan khidmat saya. Saya dapati ada diantara perawat yang baru keluar Academy Rawatan dah ghairah merawat. Bikin namecard lepas tu tulis boleh merawat berbagai masalah gangguan. Saya kasihankan mereka ni. Pengalaman tak ada main terjun botol. Silap hari bulan perawat yang sawan. Merawat tidak digalakkan pergi beramai ramai. Sebaiknya seorang diri sahaja. Baru kita dapat merasakan tawakkal kita kepada ALLAH goyah atau tidak. Kepada mereka yang merawat bersama teman, saya anjurkan tiba masanya untuk berdikari.

Menjadikan Ruqyah Sebagai Profesi

Ini adalah fenomena yang banyak terjadi pada zaman ini. Ada sebagian orang yang menyibukkan diri untuk mengobati penyakit dengan cara ruqyah. Tempat tinggal mereka diperluas dan siap menerima kedatangan para pasien. Jadwal kunjungan mereka tetapkan layaknya rumah sakit. Sehingga orang tersebut menjadikan ruqyah sebagai pekerjaan untuk mencari penghidupan.
Apabila kita melihat perjalanan hidup Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, perjalanan hidup para sahabat serta sejarah ulama’-ulama’ kaum muslimin yang tidak diragukan lagi keimanan dan keilmuan mereka. Maka kita tidak menemukan seorang pun di antara mereka yang mengkhususkan diri membuka Pusat Rawatan dengan cara ruqyah.
Kita juga tidak mendapati salah seorang di antara mereka yang menjadikan ruqyah sebagai mata pencarian.Oleh itu, kita dapat mengetahui bahwa mengkhususkan diri menjadi tukang ruqyah tidak pernah ada pada zaman salafush sholeh (generasi terbaik umat ini). Dan kita mengetahui bahwa mereka adalah orang orang yang bersegera dalam kebaikan, seandainya ruqyah sebagai profesi itu baik niscaya mereka sudah melakukannya.

Semoga penjelasan yang ringkas ini dapat bermanfaat bagi kita semuanya. Untuk lebih jelas tentang ruqyah silakan lihat buku “Ruqyah Mengobati Guna-Guna dan Sihir” yang ditulis oleh Al Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas hafidzahullah.

Thursday, January 20, 2011

Projek Jalan Hari Raya 2010 Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura

Projek Jalan Hari Raya 2010 Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura

Pada Hari Raya yang lalu, kami telah mengadakan Projek Jalan Hari Raya ke rumah ahli Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura. Kami sempat menyewa sebuah bas 40 seater untuk membawa ahli kami menziarahi rumah rumah para ahli yang turut sama dalam Projek ini. Sambutan dan sokongan amat menggalakkan. Lebih kurang 12 famili turut serta dalam projek ini. InsyaALLAH di masa hadapan akan bertambahlah bilangannya dan juga ahli Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura.

Wednesday, January 19, 2011

Diari Seorang Perawat : Serangan Nyi Blorong Ke Atas Perawat

Pengalaman merawat pada hari Jumaat 07hb Januari 2011
Lokasi : Tampines
Pesakit : Wanita 30an tahun
Jenis Gangguan : Disihir Akibat Menggalakkan Pembantu Rumah Bersolat
Jenis Jin : Ifrit Laut, Nyi Blorong
Masa : 9mlm
Nama Samaran Pesakit : Normah

Saya di panggil oleh suami Normah untuk ke rumah untuk merawat Normah yang sering sakit kepala dan anggota badannya terasa bisa dan lemah dari sejak beberapa hari. Bila Normah berada di rumahnya, ia akan rasa gelisah dan sering marah marah pada ahli keluarganya terutama suaminya.Setiba saya di rumahnya, Normah kelihatan bingit dan buat tak tahu. Alhamdulillah, Normah dapat mengawal dirinya lalu meminta saya merawatnya. Suaminya membawa Normah ke ruang tamu sebagai ruangan untuk merawat. Saya memulakan rawatan membaca ayat ayat Ruqyah (Al Quran). Kaki Normah bergetaran dengan kuat. Kepalanya bergerak seperti kepala ular. Normah telah rasuk ular. Tarikkan nafasnya juga kencang. Didalam diri saya mengatakan ini macam Nyi Blorong aje. Saya mempunyai banyak pengalaman berdepan dengan Nyi Blorong. Pengalaman selama 15 tahun banyak mengajar saya mengenali berbagai masalah gangguan, sihir dan sebagainya. Saya mulakan dialog dengan ular tersebut.

Inilah perbualan saya bersamanya.

Saya : Engkau ni Nyi Blorong?

Nyi Blorong : Ya, saya Blorong. Pak Ustadz apa khabar?

Saya : Alhamdulillah. Ada apa Nyai? Hingga datang ke mari.

Nyi Blorong : Aku ada urusan sama orang ini. Kamu tak usah masuk campur ya.

Saya : Sihir? Saya akan masuk campur kerana orang ini saudara seIslam ku. Aku pastikan Nyi berusan dengan aku.

Nyi Blorong : Ayah dan abangnya memberi aku upah yang lumayan. Lagi pun mereka tidak suka ahli keluarga mereka bersolat. Kamu faham. Majikannya ini kurang ajar. Jadi mereka mengupah aku untuk membereskan masalah ini. Mereka mengamalkan ilmu hitam yang perlu pada penyembahan pada Iblis.

Saya : Hey Blorong, aku akan penggal leher kau kalau kau mahu teruskan rencana mu. Aku tidak takut dengan kau, Nyi aku hanya takut pada ALLAH sahaja. Kau mesti keluar dari tubuh ini. Kau tidak punya pilihan!!!.

Nyi Blorong : Tidak!!! aku akan tentang kamu, Tukang Rawat. Upahannya sangat bagus. Mana bisa aku lepaskan tawaran sebegitu. Sudah siap kamu? Mari kita beradu handal. Siapa yang akan menang atau tewas. Aku, Blorong atau kamu, Tukang Rawat. (sambil menjelirkan lidah dan mengeluarkan bunyi seperti ular. Nyi Blorong ini adalah Siluman yakni separuh wanita dan separuh ular yang berwarna hijau kehitaman).

Dengan izin ALLAH, saya dapat menewaskan Nyi Blorong dan akhirnya Nyi mengaku kalah dan ini dialognya.

Saya : Bagaimana mau teruskan lagi?

Nyi Blorong : Cukup!! Aku mengaku kalah. Aku keluar.

Saya : Nyi perintahkan tentera tentera kamu yang terdiri dari Kuntilanak, Sundel Bolong, Gondoruwo keluar dari rumah ini dan ambil segala tangkal ghaib pada orang ini dan rumahnya.

Nyi Blorong : Baiklah. Aku sudah perintahkan orang orang ku untuk mengambil segala tangkal ghaib yang ada dan segala orang orang ku untuk ikut aku pulang. Aku ingin keluar dari mulutnya.

Saya : Kalau begitu aku akan laungkan azan dan Nyi pulang ke kerajaan Kraton bersama tenteranya.

Nyi Blorong : Baiklah aku keluar!! Aku tidak akan kembali lagi.

Saya : OK. Selepas aku azan, keluarlah semuanya.

Nyi Blorong : Baiklah.

Selesai azan, saya perintahkan Nyi Blorong dan Tenteranya untuk keluar

Saya tarbiyahkan Normah. Saya menanyakan tentang Solatnya Alhamdulillah solatnya bagus. Boleh membaca Al Quran. Saya berikan beberapa tips penjagaan pada Normah dan setelah itu, saya pun pulang. Sekian.