Wednesday, January 19, 2011

“Ruqyah & Its Applications / Detect & Identify Types Of Disturbance Cause By Jinns & Satan Or Sorcery/Witchcraft” will be conducted in English

Modul 1 (13 February 2011)

“Ruqyah & Its Applications / Detect & Identify Types Of Disturbance Cause By Jinns & Satan Or Sorcery/Witchcraft” (Theory & Practical)"

The Course will be held at Al-Markaz Arabic Learning Centre (which is inside Wardah Bookstore,Bussorah Street near to the entrance of the rear gate of Masjid Sultan).
Course will begin on Sunday 13/02/2011 from 10am-2pm.
Modul 1 coursebook will be provided. The course fee is $40/- per participants.

For registration please contact : Sheikh Zahurin Al-Jawiah Hp : 91184364


Synopsis

Participants will learn

Theory:

What is Ruqyah?
Why Ruqyah Syar’iyyah is the right choice?
Ruqyah can only treat certain sickness?
Ruqyah guidelines on application and usage
How to apply and recite the Ruqyah?
Al Quran as a medium to treat demonic possession and witchcraft

Practical:

How to perform detection/scanning on the patient in order to identify and confirm whether it is a true case of demonic possession and witchcraft

Applying Ruqyah techniques on oneself
Applying Ruqyah techniques with a Spiritual Healer (Muallij in Arabic)
Applying Mass Ruqyah techniques

Sunday, January 2, 2011

“Mari Belajar Merawat Diri Mu Dengan Al Quran & As Sunnah (Modul 1-5) Bagi Tahun 2011"


Modul 1 (16 Januari 2011)

“Ayat Ayat Ruqyah & Aplikasinya / Mengesan & Mengenalpasti Jenis Gangguan Atau Sihir” (Praktikal & Teori)"

Diadakan Di Al-Markaz Arabic Learning Centre di dalam Wardah Bookstore,Bussorah Street berdekatan bahagian pintu belakang Masjid Sultan.
Kursus bermula pada Ahad 16/01/2011 dari 10pg-2ptg.
Buku Modul 1 diberikan pada setiap peserta. Bayaran $40/- setiap peserta.

Untuk pendaftaran sila hubungi : Sheikh Zahurin Al-Jawiah Hp : 91184364


Sinopsis

Pelajar akan mempelajari

Teori:

Apa yang dimaksudkan Ruqyah?
Mengapa memilih Ruqyah Syar’iyyah?
Apakah Ruqyah dikhususkan untuk penyakit tertentu?
Syarat-syarat Ruqyah
Cara Ruqyah dan aplikasinya
Cara merawat & menghindar gangguan atau sihir dengan penggunaan ayat ayat suci Al Quran.

Praktikal:

Cara melakukan deteksi/mengesan penyakit sama ada Gangguan,Sihir atau Penyakit Jasmani
Cara melakukan Ruqyah Diri Sendiri (Mandiri)
Cara melakukan Ruqyah dengan Perawat
Cara melakukan Ruqyah Beramai ramai (Massal)

Untuk pendaftaran sila hubungi : Sheikh Zahurin Al-Jawiah Hp : 91184364

“Mari Belajar Merawat Diri Mu Dengan Al Quran & As Sunnah (Modul 1-5) Bagi Tahun 2011"

Kursus “Mari Belajar Merawat Diri Mu Dengan Al Quran & As Sunnah (Modul 1-5) "

Perspektif Dari Seorang Perawat (Berpengalaman selama 14 tahun)

(Diadakan Di Al-Markaz Arabic Learning Centre di dalam Wardah Bookstore,Bussorah Street berdekatan bahagian pintu belakang Masjid Sultan.
Kursus bermula pada Ahad 16/01/2011 dari 10pg-2ptg. Buku Modul 1 diberikan pada setiap peserta. Bayaran $40/- setiap peserta.)

Untuk pendaftaran sila hubungi : Sheikh Zahurin Al-Jawiah Hp : 91184364

Modul 1 (16 Januari 2011)

“Ayat Ayat Ruqyah & Aplikasinya” (Praktikal & Teori)

Sinopsis

Pelajar akan mempelajari

Teori:

Apa yang dimaksudkan Ruqyah?
Mengapa memilih Ruqyah Syar’iyyah?
Apakah Ruqyah dikhususkan untuk penyakit tertentu?
Syarat-syarat Ruqyah
Cara Ruqyah dan aplikasinya
Cara merawat & menghindar gangguan atau sihir dengan penggunaan ayat ayat suci Al Quran.

Praktikal:

Cara melakukan deteksi/mengesan penyakit sama ada Gangguan,Sihir atau Penyakit Jasmani
Cara melakukan Ruqyah Diri Sendiri (Mandiri)
Cara melakukan Ruqyah dengan Perawat
Cara melakukan Ruqyah Beramai ramai (Massal)
________________________________________________________
Modul 2 (Feb2011) * Tarikh akan diumumkan

“Melangkah Ke Alam Jin & Syaitan” (Teori & Praktikal)

Sinopsis

Pelajar akan mempelajari

Teori:

Definasi Jin
Sifat-sifat Jin
Agama dan keyakinan Jin
Manusia dan Jin
Alam Ghaib dan penghuninya
Mengenali Makhluk Halus & Permasalahannya Terhadap Manusia

Praktikal:

Cara membersihkan rumah dari gangguan dan sihir
Cara merawat sawan tangis
Cara menyedarkan orang yang pengsan akibat sihir
_________________________________________________________
Modul 3 (Mac 2011) * Tarikh akan diumumkan

“Menyingkap Rahsia Sihir & Perdukunan” (Teori & Praktikal)

Sinopsis

Pelajar akan mempelajari

Teori:

Definasi Sihir
Jenis-jenis sihir
Sihir dan Jin
Sihir dalam Dunia Manusia dan Jin
Sihir dalam sejarah
Memahami kewujudan Sihir & Tukang Tukang Sihir

Praktikal:

Cara membersihkan bilik hotel (Semasa penginapan)
Cara mematikan barang barang sihir
Cara meruqyah air bacaan untuk gangguan
_________________________________________________________________
Modul 4 (Apr 2011) * Tarikh akan diumumkan

“Menyingkap Tabir Ilmu Ilmu Kesaktian” (Teori & Praktikal)

Sinopsis

Pelajar akan mempelajari

Teori:

Definasi Ilmu Kesaktian
Jenis-jenis ilmu Kesaktian
Ilmu Hitam dan Ilmu Putih
Pengamal dan para tukang sihir
Sihir bersifat peribadi
Membezakan & mengenali kebenaran ilmu ilmu pengamalnya

Praktikal:

Cara meruqyah air bacaan untuk sihir
Cara merawat gangguan sihir di majlis perkahwinan
Cara memecahkan dinding dinding sihir dari api, asap, cahaya, patung dan selainnya
______________________________________________________
Modul 5 (May 2011) * Tarikh akan diumumkan

“Memperkasa Benteng Ghaib & Membongkar Upacara Syirik” (Teori & Praktikal)

Sinopsis

Pelajar akan mempelajari

Teori:

Cara Iblis menipu manusia
Cara Iblis menyesatkan manusia
Pintu pintu Iblis dan Syaitan
Benteng Benteng Ghaib
Cara menggunakan ayat ayat suci Al Quran & amalan amalan yang warid dari Sunnah Rasulullah S.A.W. untuk memelihara diri dari masalah gangguan,sihir,saka,ilmu ilmu hitam dan lainnya.

Praktikal:

Cara merawat Jin yang kesakitan
Cara mengesan kehadiran Jin/Syaitan di sekeiling rumah
Cara memagar diri dan ahli keluarga
Posted by Sheikh Zahurin Al-Jawiah at 3:55 AM 0 comments
Labels: Kursus Rawatan Bermodul

Sunday, November 21, 2010

Kursus "Kaedah Membentengi Diri Dari Serangan Gangguan Makhluk Halus Dan Sihir"

Tajuk : "Kaedah Membentengi Diri Dari Serangan Gangguan Makhluk Halus Dan Sihir" (Teori & Praktikal)

Tarikh: 28/11/2010 Ahad

Masa: 10pg - 2ptg

(Diadakan Di Al-Markaz Arabic Learning Centre di dalam Wardah Bookstore, Bussorah Street berdekatan bahagian pintu belakang Masjid Sultan.
Buku disediakan. Bayaran $40/- setiap peserta.)

Thursday, October 14, 2010

Pengumuman

Alhamdulillah. Segala puji bagi ALLAH S.W.T., Rabb Sekelian Alam. Kami mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kerana menyokong kami, Komuniti Ruqyah Syar’iyyah Singapura.

Di sini saya ingin memberitahu bahawa saya, Zahurin Bin Mohamed Omar sebagai Pengasas dan Penasihat Komuniti Ruqyah Syar’iyyah Singapura mengambil keputusan muktamad untuk membatalkan Seminar tersebut untuk mengelakkan masalah yang lebih besar akibat kekurangan Dana dan juga menjaga nama Komuniti Ruqyah Syar’iyyah Singapura dan para sukarelawannya. Dengan ini mengambil keputusan untuk membatalkan Seminar Rawatan Islam yang bertarikh Sabtu 30/10/2010 dan Ahad 31/10/2010.

En.Herman Sudil telah meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi dan beliau bukan lagi keluarga Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura. Dengan ini nama Ruqyah Syar’iyyah Singapura atau Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura tidak dibenarkan untuk kegunaan peribadi.

Disini saya tidak ingin menyatakan sebab sebab yang lebih "detail" tentang pembatalannya didalam blog atau Facebook. Cukuplah mereka yang menghadiri perbincangan perbincangan yang telah kita adakan itu mengetahuinya. Tidak perlu bertegang urat. Kita harus mendewasakan diri bukan berlagak dewasa walhal kita berkelakuan kebudak budakkan. Yang pasti kita semua akan dipertanggung jawabkan atas apa yang kita lakukan. Kita tidak perlu risau ALLAH melihat apa yang kita buat.

Saya tidak redha atas perkara perkara yang berlaku dibelakang saya. Sesiapa yang berburuk sangka pada Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura dan melontarkan berbagai andaian, saya akan dakwa mereka di mahkamah ALLAH.

"Bila menari dongak ke langit, langkah sumbang salahkan bumi, silap sendiri tak dipeduli, menuduh orang membuta tuli, baru terngadah menyesali diri"

Fahamkan kata kata dari Bandi AMUK

Sekian. Terima kasih.

Saya sudahi dengan Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tuesday, September 14, 2010

Seminar Perubatan Islam 2 Hari


Bagi yang berminat mendaftar untuk Seminar Perubatan Islam, sila hubungi Sheikh Zahurin Hp : 91184364 atau En.Herman Hp : 91964325. Segala butiran Seminar boleh didapati pada Lampiran "Poster Seminar".

Wednesday, September 8, 2010

Diari Seorang Perawat : Memisahkan Cinta Pontianak (Jantan)

Pengalaman merawat pada hari 14hb Ogos 2010
Lokasi : Upper Serangoon
Pesakit : Wanita 20an tahun
Jenis Gangguan : DiCintai & Diperisterikan Oleh Pontianak (Jantan)
Jenis Jin : Jin Peringkat Alam Rendah dari jenis Pontianak (Jantan)
Masa : 8.30mlm
Nama Samaran Pesakit : Nora

Saya di panggil oleh Makcik Nora untuk ke rumah Neneknya untuk merawat Nora yang gemar mengilai dan mengganas (memaki hamun)apabila ia bersama tunangnya. Ini menimbulkan kerisauan pada ahli keluarga Nora kerana mereka bakal mendirikan rumahtangga. Perkara ini berlaku pada bulan Ramadhan (minggu pertama).Setiba saya di rumahnya, Nora mendengus seperti lembu naik minyak dan menunjukkan sikap tidak senang pada kami berdua (Saya dan Pengerusi Komuniti Ruqyah Syar'iyyah,En.Herman). Kami memulakan rawatan membaca ayat ayat Ruqyah (Al Quran). Nora berteriak sekuat hati dan mengilai. Kami dapat mengikat Nora di kerusi yang ia sedang duduk dengan kelebihan Ayatul Kursi. Nora kesurupan dan terus meracau. Pontianak yang merasuki Nora mula berdialog dengan saya selepas berjaya dipujuk secara baik. Saya pun memulakan dialog dengannya.

Inilah perbualan saya bersamanya.

Pontianak (Jantan): Aku adalah Pontianak (Jantan). Aku sayang dia Kau jangan kacau aku boleh tak !!!!

Saya : Kau kacau dia, aku kacau kau?

Pontianak (Jantan): Kau pergi berambuslah.

Saya : Hmm.....nak pergi berambus naik bas nombor berapa ehh.... (Saya mempersendakannya)

Pontianak (Jantan): (Dalam nada menangis terisak isak) Aku sayng dia. Dia hak aku. Kau jangan masuk campur nanti aku rasuk kau!!! Kau faham!!!.

Say tidak termakan dengan ugutannya dan dengan izin ALLAH, saya dapat mengikatnya dikerusi dengan kelebihan Ayatul Kursi.

Saya : Sekarang kau rasa kuat?

Pontianak (Jantan): Lepaskan aku Sial!!! Aku tak akan lepaskan dia. Kau jangan kacau urusan aku!!! Kau pergi balik.

Saya : Selagi kau tidak lepaskan dia. Aku tidak akan lepaskan kau untuk buat sesuka hati kau. Kau tidak ada pilihan melainkan untuk keluar dari tubuh orang ini. Kalau kau berdegil, aku tidak ada pilihan lain selain aku minta pada ALLAH untuk memberi ku kekuatan untuk bunuh kau!!!

Pontianak (Jantan): Aku tak takut ALLAH....hee...hee...

Saya : Kalau begitu aku bacakan Ayat ayat ALLAH agar kau diAZAB ALLAH !!!

Pontianak (Jantan): Aku tak akan keluar!! Aku tak akan keluar!! Aku akan bawak dia bersama ku!!!.

Saya tiada pilihan lain hanya untuk membunuhnya sahaja (dengan izin ALLAH). Kes Nora ini pernah saya rawat lebih kurang setahun yang lalu. Kami terus membunuhnya kerana dia telah mencabar ALLAH. Dia mengamuk tetapi tidak boleh bangun hanya terpaku di kerusi yang diikat tadi. Alhamdulillah, kami berjaya membunuh Pontianak (Jantan) tersebut. Nora pun sadar. Kami tarbiyahkan Nora. Kami menanyakan tentang Solatnya ternyata Nora tidak bersolat. Alhamdulillah Nora masih boleh membaca Al Quran. Kami sarankan beberapa kelas pengajian pada Nora dan setelah itu, kami pun pulang. Sekian.