Tuesday, June 29, 2010

Perancangan "Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura" pada tahun 2010

Salamz semua, kami ingin mengumumkan beberapa perancangan yang bakal kita adakan :

1) Mengeluarkan DVD mengenai "Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura"

2) Mengeluarkan Buku Buku Rawatan Islam "Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura"

3) Mengadakan Kursus, Bengkel atau Seminar Rawatan Islam dengan menjemput Penceramah dari luar negeri.

4) Mengadakan Acara Sosial seperti Family Day, Perjumpaan Hari Raya, Kem Motivasi Remaja

5) Mengadakan Lawatan Dalam dan Luar Negeri ke Pusat Pusat Rawatan Islam

Kami mengharapkan sokongan masyarakat Singapura terutama masyarakat Islam setempat. Setiap sokongan amat berharga bagi kami. Sekian . Terima Kasih.

Foto Bersama Pengerusi dan Jawatankuasa Darussalam




Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura bersama Pengerusi dan Jawatankuasa Darussalam


Foto bersama Pengerusi dan Jawatankuasa Darussyifa'







Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura bersama Pengerusi dan Jawatankuasa Darussyifa'








Monday, June 28, 2010

Kami juga adalah Perawat Darul Ruqiyyah Malaysia

Syukur kepada ALLAH SWT kerana saya dan 3 pelajar saya telah menerima Pengijazahan dari Tuan Guru Ustadz Mohd Suhaimi Rozali, Pengasas Pusat Rawatan Darul Ruqiyyah Malaysia yang mana bersanad dari Gurunya, Sheikh Abdul Wahid Salaam Baali yang mengizinkan kami mengamal dan merawat dengan Ayat Ayat Amalan yang telah di ijazahkan pada hari Ahad 13/06/2010 jam 12.30 tgh. Dengan ini kami diakui sebagai muridnya dan juga Perawat Darul Ruqiyyah Malaysia

Foto Foto Wisata Pusat Pusat Rawatan Islam Di KL & Shah Alam

Sabtu- 12 Jun 2010, Komuniti Ruqyah Syar’iyyah Singpura seramai hampir 40 orang ahli berkunjung ke Persatuan Perubatan Islam .Darussyifa',Darussalam, Kediaman Ust.Dato Dr Amran Kasimin, Darul Ruqiyyah dan Al Manarah. Kehadiran rombongan kami disambut dengan mesra dan kami amat terharu dengan sambutan yang diberikan kepada kami.
Dengan kehadiran kami ini mudah mudahan dapat mengeratkan lagi hubungan Komuniti Ruqyah Syar’iyyah Singapura dan Pusat Pusat Rawatan Islam yang kami ziarahi didalam program Wisata ini. Dengan adanya persatuan antara kedua-dua belah pihak maka akan terjalinlah hubungan silaturrahim di antara Perawat di Malaysia dan Singapura.
Sesi suai kenal dan ucapan ringkas daripada pengerusi dan pengasas Pusat Pusat Rawatan tersebut dan juga Komuniti Ruqyah Syar’iyyah menyerikan lagi majlis pertemuan tersebut. Lawatan kami diakhiri dengan jamuan jamuan yang disediakan sebagai pengubat letih.
Pihak Ruqyah Syar’iyyah Singapura mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Perubatan Islam .Darussyifa',Darussalam, Kediaman Ust.Dato Dr Amran Kasimin, Darul Ruqiyyah dan Al Manarahdi atas sambutan dan pihak Ruqyah Syar’iyyah Singapura mengalu-alukan kedatangan pihak mereka di Singapura pada masa yang akan datang. Alhamdulillah. Praise to ALLAH. We have return safely to our beloved Singapore with sweet and yet memorable memories of those visits to the Pusat Rawatan Islam in KL & Selangor.

Sunday, June 27, 2010

"Menyingkap Rahsia Pukau & Kaedah Rawatannya" Modul 5 (Teori & Praktikal)


Tarikh : Ahad 11/07/2010
Masa : 10pg - 4ptg

Pelajar akan mempelajari dari segi Teori:

1) Pukau dan Definasinya
2) Cara Pukau Di Lakukan
3) Jenis Jenis Pukau
4) Adakah Pukau Sebahagian Dari Sihir?
5) Cara menggunakan ayat ayat suci Al Quran & amalan amalan yang warid dari Sunnah Rasulullah S.A.W. untuk memelihara dan merawat diri dari masalah gangguan Pukau dan lainnya.

Praktikal:

1) Cara merawat mangsa Pukau
2) Cara mengesan dan merawat mangsa Pukau dari jauh
3) Cara memandikan mangsa Pukau dan memulihkan ingatannya

Lokasi : Diadakan Di Al-Markaz Arabic Learning Centre di dalam Wardah Bookstore, Bussorah Street berdekatan bahagian pintu belakang Masjid Sultan.Buku Modul 4 dan jamuan ringan disediakan.

Yuran : $40/- setiap peserta.

Program Kursus :

10.00pg Pembayaran & Penyerahan Bahan Kursus & Persiapan Lain
10.30pg Kursus bermula dengan tajuk "Pukau dan Definasinya"
11.20pg Soal Jawab & Rehat
11.30pg Tajuk "Cara Pukau Di Lakukan & Jenis Jenis Pukau"
12.20tgh Soal Jawab & Rehat
12.30tgh "Adakah Pukau Sebahagian Dari Sihir dan Cara menggunakan ayat ayat suci Al Quran & amalan amalan yang warid dari Sunnah Rasulullah" 1.00tgh Solat Zohor dan Rehat
02.00ptg Tayangan Video Rawatan
02.30ptg Praktikal Cara Rawatan
04.00ptg Soal Jawab

“Memperkasa Benteng Ghaib” (Teori & Praktikal)


Tarikh : Ahad 04/07/2010
Masa : 10pg - 4ptg

Pelajar akan mempelajari dari segi Teori:

1) Cara Iblis menipu manusia
2) Cara Iblis menyesatkan manusia
3) Pintu pintu Iblis dan Syaitan
4) Benteng Benteng Ghaib
5) Cara menggunakan ayat ayat suci Al Quran & amalan amalan yang warid dari Sunnah Rasulullah S.A.W. untuk memelihara diri dari masalah gangguan,sihir, saka,ilmu ilmu hitam dan lainnya.

Praktikal:

1) Cara merawat Jin yang kesakitan
2) Cara mengesan kehadiran Jin/Syaitan di sekeiling rumah
3) Cara memagar diri dan ahli keluarga


Lokasi : Diadakan Di Al-Markaz Arabic Learning Centre di dalam Wardah Bookstore, Bussorah Street berdekatan bahagian pintu belakang Masjid Sultan.
Buku Modul 4 dan jamuan ringan disediakan.
Yuran : $40/- setiap peserta.

Program Kursus :

10.00pg Pembayaran & Penyerahan Bahan Kursus & Persiapan Lain
10.30pg Kursus bermula dengan tajuk "Cara Iblis Menipu Dan Menyesatkan Manusia"
11.20pg Soal Jawab & Rehat
11.30pg Tajuk "Pintu pintu Iblis dan Syaitan serta Benteng Benteng Ghaib untuk
menghindar gangguan mereka"
12.20tgh Soal Jawab & Rehat
12.30tgh Cara menggunakan ayat ayat suci Al Quran & amalan amalan yang warid dari
Sunnah Rasulullah S.A.W. untuk memelihara diri dari masalah gangguan, sihir, saka, ilmu ilmu hitam dan lainnya
01.00tgh Solat Zohor dan Rehat
02.00ptg Tayangan Video Rawatan
02.30ptg Praktikal Cara Rawatan
04.00ptg Soal Jawab