Monday, June 21, 2010

Petikkan Dari Laman Web Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah Malaysia


Alhamdulillah, pada 13 Jun baru-baru ini, Seminar Perubatan Islam Siri 1 : Ke Arah Melahirkan Mu'allij Muda telah berjaya diadakan di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak. Seramai 58 orang muslimin dan muslimat telah mengikuti seminar ini bermula pukul 8.30 pagi sehingga 1 petang.Antara kertas kerja yang dibentangkan oleh Ustaz Suhaimi ialah :

1)Persediaan Menjadi Perawat (Mu'allij)
2)Panduan Mengenal Makhluk Halus


Juga turut diijazahkan sanad ayat-ayat Al-Quran untuk dijadikan zikir amalan bagi membenteng diri daripada gangguan makhluk halus. Di samping itu, sebagai bonus kepada para peserta yang benar-benar ingin mendalami bidang perubatan Islam ini, ustaz dengan rela hati memanjangkan tempoh seminar untuk memberi sanad minum air zam-zam dan pemeriksaan/scan percuma kepada para peserta yang berminat.
Seminar ini juga turut disertai oleh sahabat-sahabat kita dari Singapura iaitu Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura dan Brunei.
Pihak penganjur juga telah menerima pelbagai komentar membina daripada para peserta. Insyaallah untuk siri akan datang, pihak kami akan cuba memperbaiki kelemahan yang ada dan berkongsi sebanyak mungkin ilmu dalam bidang perubatan Islam ini untuk manfaat kita bersama. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua staf DR dan para peserta seminar. Jazakumullahu Khairal Jaza'..

Lawatan Daripada Ruqyah Syar'iyyah Singapura


Sabtu- 12 Jun 2010, Jam 2.00 petang, Darussalam menerima kunjungan daripada Komuniti Ruqyah Syar’iyyah Singpura seramai hampir 40 orang ahli persatuan perubatan tersebut. Kehadiran rombongan mereka menaiki sebuah bas mengeratkan lagi hubungan Darussalam dengan persatuan antara kedua-dua belah pihak. Sesi suai kenal dan ucapan ringkas daripada pengerusi Darussalam dan Ruqyah Syar’iyyah menyerikan lagi majlis pertemuan tersebut.
Lawatan berakhir dengan sedikit jamuan yang disediakan pihak Darussalam sebagai pengubat letih. Pihak Darussalam mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ruqyah Syar’iyyah Singapura di atas kunjungan dan pihak Darussalam mengalu-alukan kedatangan pihak Ruqyah Syar’iyyah Singapura pada lain masa.

Wisata Pusat Pusat Rawatan Islam Di KL & Shah Alam

Alhamdulillah. Praise to ALLAH. We have return safely to our beloved Singapore with sweet and yet memorable memories of those visits to the Pusat Rawatan Islam in KL & Selangor. Kita juga bercadang menjemput mereka pula untuk bersama kami didalam Kursus, Seminar atau Bengkel anjuran kami yang bakal diadakan pada masa akan datang. InsyaALLAH.

Antara Perancangan akan datang :

1) Pelancaran DVD mengenai Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura dan aktiviti aktiviti kami

2) Pelancaran Buku mengenai Ruqyah Syar'iyyah

Thursday, May 13, 2010


Kursus “Rawatlah Diri Mu Dengan Al Quran & As Sunnah (Modul 1-5)

Tajuk : “Menyingkap Tabir Ilmu Ilmu Kesaktian” Modul 4 (Teori & Praktikal)

Tarikh: 16/05/2010 Ahad

Masa: 10pg - 4ptg

Pelajar akan mempelajari dari segi Teori:

1.Definasi Ilmu Kesaktian
2.Jenis-jenis ilmu Kesaktian
3.Ilmu Hitam dan Ilmu Putih
4.Pengamal dan para tukang sihir
5.Sihir bersifat peribadi
6.Membezakan & mengenali kebenaran ilmu ilmu pengamalnya

Praktikal:

1.Cara meruqyah air bacaan untuk sihir
2.Cara merawat gangguan sihir di majlis perkahwinan
3.Cara memecahkan dinding dinding sihir dari api, asap, cahaya, patung dan selainnya

(Diadakan Di Al-Markaz Arabic Learning Centre di dalam Wardah Bookstore, Bussorah Street berdekatan bahagian pintu belakang Masjid Sultan.
Buku Modul 4 dan jamuan ringan disediakan. Bayaran $40/- setiap peserta.)

Thursday, April 29, 2010

Wisata Ke Pusat Rawatan Islam Di Shah Alam, Selangor, Malaysia

anjuran bersama My1 International & Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura




Dato'Dr Amran Kasimin Ust.Suhaimi Rozali Ust.Sharhan Shafie At-Thobibi Dato'Ismail Kamus Dato' Dr Haron Din

Tarikh: 11/06 - 13/06/2010 (3 hari)

Program Wisata

Hari Pertama 11/06/2010
07.30- Pick Up Point @ Tampines MRT
08.00- Pick Up Point @ Jurong East MRT
09.00- Tuas Checkpoint
09.45- Johor Checkpoint
12.30- Ayer Keroh R & R (Lunch & Solat Zohor)
15.00- Check-in Citin Hotel,Masjid India (Free & Easy)
18.30- Berangkat ke Citrus Hotel untuk Seminar
20.00- Seminar “Pukau & Santau oleh Dato’Dr Amran Kasimin di Citrus
Ballroom
22.30- Berangkat pulang ke Hotel
23.00- Free & Easy

Hari Kedua 12/06/2010
09.00- Berangkat Ke DarusSyifa'
10.00- Ziarah DarusSyifa’ & berinteraksi bersama Ust.Haron Din (75min)
11.15- Berangkat Ke DarusSalam
12.15- Ziarah DarusSalam & berinteraksi bersama Ust.Ismail Kamus (75min)
13.30- Berangkat Untuk Makan Tgh Hari
14.00- Makan Tgh Hari
15.15- Ziarah Dato’Dr Amran Kasimin & berinteraksi (75min)
16.30- Berangkat Ke Sinar Zamdurrani
17.00- Ziarah Sinar Zamdurrani & berinteraksi bersama Ust.Sharhan Shafie
At-Thobibi (75min)
18.15- Berangkat ke Masjid Shah Alam
18.45- Solat Maghrib
18.15- Berangkat ke Restoran Teak 5, Mutiara Damansara untuk makan malam
20.15- Makan malam & berinteraksi bersama Sheikh Zahurin Al Jawiah
21.45- Berangkat pulang ke Hotel
22.30- Free & Easy

Hari Ketiga 13/06/2010
11.50- Check Out Hotel
10.00- Berangkat Ke Nilai 3, untuk shopping
13.00- Shopping di Nilai
13.30- Berangkat Untuk Pulang Ke Singapura
20.30- Johor Checkpoint
21.00- Tuas Checkpoint
21.30- Jurong East MRT

Setiap peserta dikenakan bayaran $235/- setiap seorang termasuk penginapan,transportasi dan sarapan pagi.

Sila hubungi Zahurin untuk penjelasan lebuh lanjut dan untuk pendaftaran di talian Hp: 91184364

* Bayaran utk tempahan ialah pendahuluan sebanyak $120/- utk setiap peserta sebelum
15/05/2010.
Baki bayaran sebanyak $115/- dijelaskan sebelum 06/06/2010.

Sekian. Terima kasih. Sokongan Tuan/Puan amatlah dialu alukan dan dihargainya.

Tuesday, April 6, 2010


Kursus “Rawatlah Diri Mu Dengan Al Quran & As Sunnah (Modul 3)
"Perspektif Dari Seorang Perawat".

“Menyingkap Rahsia Sihir & Perdukunan” (Teori & Praktikal)

Lokasi: Al-Markaz Arabic Learning Centre di dalam Wardah Bookstore,Bussorah Street (berdekatan bahagian pintu belakang Masjid Sultan).
Masa: Ahad 18/04/2010 dari 10pg-4ptg.
Buku Modul 3 diberikan pada setiap peserta.
Bayaran $40/- setiap peserta.

Sinopsis

Pelajar akan mempelajari Teori:
Definasi Sihir
Jenis-jenis Sihir Sihir dan Jin Sihir
Sihir dalam Dunia Manusia dan Jin
Sihir dalam sejarah
Memahami kewujudan Sihir & Tukang Tukang Sihir

Praktikal:

Cara membersihkan bilik hotel (Semasa penginapan)
Cara mematikan barang barang sihir
Cara meruqyah air bacaan untuk gangguan

Kursus Lanjutan Ruqyah Syar'iyyah
“Rawatan Jarak Jauh & Seumpamanya
Lokasi:Al-Markaz Arabic Learning Centre di dalam Wardah Bookstore,Bussorah Street (berdekatan bahagian pintu belakang Masjid Sultan)
Tarikh: Ahad 11/04/2010 dari 10pg-4ptg.
Buku Modul 1 diberikan pada setiap peserta. Bayaran $40/- setiap peserta.) *

Sinopsis

Pelajar akan mempelajari apa yang dikatakan "Rawatan Jarak Jauh".
Bolehkah kita merawat dari jarak jauh.
Mempelajari Teknik merawat dari jarak jauh.
Mempelajari Teknik merawat dengan menggunakan Hp.
Mempelajari Teknik merawat dengan menggunakan Notebook/PC.
Mempelajari Teknik merawat dengan menggunakan Teknik Kembara